Saturday, July 2, 2011

Keinginan Seorang Isteri..

.: AUTO POST :.

Seorang isteri.. tempatnya adalah di sisi suami yang tercinta. Untuk apa berduka, andai malam sedikitpun tidak menunjukkan wajah duka. Segalanya serba indah.. segalanya yang diciptakan Allah ini indah dan ceria menguntum.

Isteri itu.. ingin mencicip ruang bersama suaminya demi meladeni suami dengan sebaik mungkin. Memotong kukunya satu demi satu. Tidak betah si suami memotong sendiri. Sebagaimana rambut si suami, tidak ingin dibiarkannya merencatkan tampan seraut wajah yang memancanrkan sinar cinta buatnya, lantas.. rambut si suami itu dipotongnya sendiri agar tiada mencacatkan wajah insan yang disayangi, biar kemas sentiasa agar sorot matanya sentiasa tidak puas untuk merenung dan menatapnya.

Kiranya Siti Muthiah menyediakan makanan buat keluarga beserta rotan jika tiak enak rasanya, dia pula ingin cuba-cuba belajar menjadi permaisuri suaminya yang paling cekap. Pakaian milik suaminya tidak ingin dibiarkan terabai kelihatan masai, lusuh dan berubah warnanya.

Dia ingin menggunakan rahmat kedua belah tangan yang dikurniakan Allah itu dengan sebaik mungkin, menjadi tukang gunting, chef, pengemas rumah dan dia nekad mengekalkannya sampai bergelar ibu kepada anak-anak suaminya kelak.

"Abang".. itulah panggilan yang si isteri itu memanggil suaminya.. biar si suami merasa tenang dengan panggilan itu, biar panggilan itu lebih mesra dan mampu meruapkan rasa kasihnya. Sehabis boleh dia ingin menghadiahkan kepada suaminya anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyambung untaian kasih agar lebih bermakna dan berseri kemilau rumah tangga mereka.

Biarlah ia seerat hubungan perajurit perang iaitu Hubaib Ibnu Musallamah Al-Fihri dengan isterinya yang juga seorang srikandi. Dia ingin mencintai suaminya sehebat cinta Siti Khadijah pada Nabi Muhammad..

..InsyaAllah.. ku ingin seperti itu..



14 comments:

Bro ahmad said...

syurga isteri di bawah suami..syurga terletak di tapak kaki ibu,,adil kan?

syrupmasin said...

akak hebat la tulis..ayat bestt..sukeee :)

waN Mohd Salim said...

ps belom kawin la akak

Gelugoq said...

nice)

Ila Aqilah said...

insya Allah kak niena :)

Ku Azhar said...

hehehe ha ah..tenang je bila my gurl panggil..."abg"..ish malunye! :D

Pojiekyra said...

kyra jua nak camtue :))

Sunah Sakura said...

insya'Allah saya pun nak jadi macam tu...

Mr. NAZc said...

datang dan follow~

suha said...

Isteri terbaik (^_^)

Bui Idzra Ryn said...

bertuahnya suami kalau dpt isteri mcm ni..aman damai rumahtangga ^_^

Suhami Ahmad said...

InsyaAllah....pasti boleh =)

Rahmad said...

isteri oh isteri..

aku belum kawin lg..hehe

sergeant keroro said...

insyaAllah akan diperkenankan sekiranya berusaha :)