Wednesday, July 6, 2011

Perkara yang sangat sukar bagi saya..

Seperti yang pernah saya cakap, saya berada di tengah-tengah kelompok lelaki yang ramai, soal hati dan perasaan itu mungkin pernah terjadi sebab kita ni manusia biasa. Soal perasaan tu takkan terlepas.

Saya akaui sepanjang berada di sana saya pernah meminati beberapa orang, ramai tu, tapi sekadar minat dan tak pula sampai ke tahap jatuh cinta. Saya hanya pernah jatuh cinta pada seorang lelaki, hanya dia yang pernah saya cintai tapi Allah lebih sayangkannya.

Berbalik pada cerita asal, post ini mungkin agak panjang, sila bersabar ye. Saya meminati seorang senior, suka tengok raut wajah dia (ada iras Aidil Zafuan). Classmate saya sebilik dengan senior tu, satu hari saya terlepas cakap kat dia yang saya minat kat senior tu, sampai la kat pengetahuan si Aidil Zafuan. Malam lepas roll call saya pulang ke bilik, ada banyak miss call, dan ada satu mesej yang ringkas.

Rupanya dari si Aidil Zafuan tu, seronok la saya.. kemudian kami terus ber SMS, lebih kurang 3 minggu lepas tu dia cakap nak jadikan saya ni awek dia, dan lepas dia cakap tu.. saya berterus terang saya cuma anggap dia sebagai seorang rakan, lepas tu dia terus membenci saya.

Saya tak boleh terima kalau ada lelaki yang mengaku tentang perasaannya pada saya, saya takut. Mencintai seseorang atas jalan syara' bukanlah sesuatu yang mudah, dugaannya terlalu banyak.

Sebenarnya bukan dia sorang je tapi ramai lagi, anda akan mengalami situasi yang sama bila berada di tempat saya. Mereka akan dianggap hebat sekiranya berjaya menjadikan antara kami ini 'awek' mereka. Ibu selalu berpesan, jangan mudah terpengaruh dengan sesiapa, dan jangan memberikan harapan kepada lelaki.

Saya menolak mereka dan ada diantara mereka yang mendoakan saya tidak akan mendapat jodoh yang baik, takkan bahagia dunia akhirat.. sebab tu lah, saya tak suka andai ada yang meluahkan perasaan pada saya. Mendoakan seseorang itu dengan doa yang tidak baik hanya merugikan diri sendiri, saya yakin dengan takdir Allah.

Syaitan itu sengaja mencari jalan bagaimana cara untuk memecah belahkan hubungan baik setiap insan. Syaitan itu sentiasa mencari ruang dan mencari celahan bagaimana cara untuk menggoda kita. Jadi pada saya, munasabahlah dalam setiap perhubungan itu, sekiranya mencintai seseorang.. pastikan cinta itu kerana Allah.

Saya sentiasa berdoa agar saya terselamat dari cinta syaitan, cinta itu hanya menyesatkan kita. Saya tidak berani menjatuhkan bercinta itu hukumnya haram, tapi.. apabila cinta itu sudah memudaratkan agama kita, ianya sudah jatuh kepada HARAM..

19 comments:

Fad said...

ehem2..btl2..cf bercinta ngan suami dulu hampir 3 tahun..sekali dua je kuar be2..tu pun nk cr brg nikah..caya x?hehehe..sila percaya ea sbb tu mmg benar belaka...hehe

Atiqah Wadiah said...

b'cinta after kawen lg sronok..hehe

Syazwan said...

setuju dengan niena..

" apabila cinta itu sudah memudaratkan agama kita, ianya sudah jatuh kepada HARAM. "

Bro ahmad said...

cinta tak salah...tapi kena tau la batas2 dia ^_^ jangan terlebih sudah...p

♥MiZz-siHa♥ said...

singgah cni n follow...
tq singah umah pink kite

YAYA AZURA said...

bercinta mungkin sebagai pilihan..jgn sampai jatuh haram ..tapi mengenali hati budi tu perlu ..zaman sekarang dah berbeza.. terutamanya jodoh yg diaturkan pihak ke3 ..lepas kawin br tau suami tu penagih dadah..suka minta duit ..tangan panjang ..

Bui Idzra Ryn said...

bgslah niena ni..nak terima lelaki pun byk pertimbangan nya..susah nk carik wanita mcm ni zaman sekarang..bertuah dpt jumpa wanita mcm niena..^_^

hajar said...

sokong bro ahmad...

fa said...

"Syaitan itu sengaja mencari jalan bagaimana cara untuk memecah belahkan hubungan baik setiap insan"

suka ayat atas tu.. ^^

MEKAR said...

cinta itu indah jika disulami perkara2 yg berfaedah dan tidak menuju arah kesesatan

Green Apple said...

pandang2 boleh... pegang2... jangan... hehe..:)

niena shopping2u said...

Bui:

isk... jgn terlalu memuji, rmai yg baik di luar sana, mungkin ini kebaikan niena,keburukan lgiii banyak ^.^

mas saari said...

baru 3 minggu kenal dah nak jadi awek? cepat sangat tu!
patutnya berkawan dulu, selami dan fahami hati budi masing2 baru luahkan perasaan...

mungkin cara camtu niena boleh terima dia kot?

Isteri Encek Bard said...

Ya Allah smpi ada yg mendokan yg cam tu.... Muda-mudahan kamu mendapat cinta, dan cintu itu membawa kamu ke ajlan NYA

Ku Azhar said...

xpe kak niena..cinta tu xblh dipaksa kn :D

happy2 slalu k

suha said...

cik suha nak bercinta pas kawen lala (^_^)

sergeant keroro said...

cinta itu suci, namun manusia yang mencemarinya

fazilzura said...

normal le tu , lelaki kan ego .. dia rs cm tercabar le if awk tolak lamaran dia..

tp kan bagus kalau dia melamar awak as wif terus dr jd awek2 ni...
tui dak>?

deqma129 said...

hi dear, just drop by to say hi! bercinta lepas kawen, itu yang terbaik...