Saturday, July 9, 2011

Rasulullah SAW seorang yg miskin..?

Semasa blogwalking smlm saya ada jumpa satu entri mengenai Rasulullah SAW dan kemudian saya terbaca komen di bawah.. ramai yang mengatakan Rasulullah itu miskin sepanjang hidupnya.. miskin? miskin dari segi apa? sememangnya zaman kecil Baginda seorang anak yatim yang hidup dalam kemiskinan dan dibesarkan oleh bapa saudaranya.

Rasulullah hidupnya bukan meminta-minta, kecuali meminta umatnya mengikuti segala suruhan Allah SWT, Rasulullah SAW merupakan seorang yang boleh dijadikan contoh, baginda seorang peniaga yang berjaya.. 

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: "Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin." Baginda s.a.w. pernah berkata: "Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku hendak menukarkan bukit-bukau diMekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan ku kepadaNya sambil berkata: "Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."

Walau dalam keadaan yg sederhana tetapi Baginda masih mampu bersedekah, masih mampu menyuap makanan seorang yahudi buta yg sering menghinanya. Jadi dari mana perkataan miskin itu? sepatutnya perbetulkan ayat itu, Rasulullah SAW bukan hidup dalam serba kemiskinan tetapi hidup dalam serba sederhana, baginda tidak suka pada kemewahan dunia..

Wallahualam..


10 comments:

muhamad hanif said...

wallahualam ;)

Ku Azhar said...

bersederhanalah dlm menjalani kehidupn seharian..

ingtlah org yg susah so org yg lbih snang dr kita pn akan ingt kt kita :D

Muaz Faris said...

Rasulullah miskin tapi dia tetap berniaga cari wang sendiri..

bukan cam orang miskin tepi jalan, tau nak minta sedekah je..

gadisBunga said...

:)

Nabi Muhammad adalah anak dan cucu golongan bangsawan mekah dan hartawan malah kaya raya.

lecturer saya yg berasal dari afghanistan pernah cakap, miskin yg dimaksudkan adalah bukan daif atau papa kedana. tetapi miskin ilmu, sehinggalah Baginda mendapat wahyu pertama.

mindset kita perlu dibetulkan. my 2 cents. :)

syrupmasin said...

haaa..baek cekgu :)

Cik Wani said...

nice info !

btw jom komen link kt entry wani ni

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

Fyqa said...

:)

Kalamhati said...

btol..sbb dia contoh terbaik kita..if dia nk kekayaan Allah bleh kurniakan..tapi tidak..sebaik2 contoh seorang pemimpin..=)

Подтверждаю said...

as salam..
ya. hidup serba sederhana. berlebih-lebihan boleh membutakan mata iman kita..
alhamdulillah..
syukran niena ;)

sergeant keroro said...

zuhud is the way of life :)