Wednesday, July 20, 2011

Sila jadi manusia yang amanah..

Rasuah.. itu adalah perkara yang biasa berlaku.. kekadang tu leh kelabu mata bila tengok tawaran yang datang bergolek.. duit.. siapa yang tak nak kan?

Bila kita tengah kesempitan wang tiba-tiba datang lah rezeki yang haram ini, sedangkan waktu itu Allah nak menguji kecekalan kita, percayalah.. sekali kita tepis.. bergolek rezeki lain yang datang.. 

Bekas PA yang lama berpesan kepada saya, hati-hati dengan setiap kontarktor yang masuk, mereka akan goda dengan tawaran Hp yang canggih, wang yang banyak.. dengan syarat buat report kemana saje boss pergi dan report setiap kali kontrak yang masuk, saya kagum dengan dia, semuanya mampu ditepis.. 

Buat masa ni saya tak jumpa lagi kontrak yang macam tu, kalau ada pun saya tak sampai hati nak khianati boss saya, dia sangat baik.. terlalu caring terhadap staff dan pegawai bawahan.. dia tak pernah sombong.. kerja saya ini hanyalah ingin mencari rezeki yang halal di jalan Allah SWT..
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (Al-Baqarah:188)

10 comments:

fa said...

byk cabaran juga ea kerja kak niena ni..

tamlegend said...

mana-mana pergi pun mmg ada je rasuah ni...kadang cakap siap pakai ada bahasa isyarat lg...lama2 baru paham...hehe

peNulis SeNjA said...

akak ni keje kat maner?

huhuhu hidup penuh dengar cabaran .. kalau x de cabaran mana la best hidup huhu kan kan ?

Hanis MY said...

nauzubillah...semoga ditetapkan iman...

Green Apple said...

Biarlah ikhlas menjalankan tugas. Mudah2an berkat rezeki yang kita perolehi.

BERT said...

rasuah.. saya benci rasuah.. sebab rasuah la............... hmm maleh la nak cakap..

JIJI YU said...

hurm..apak aku dari dulu tak setuju aku jadi kagat

syrupmasin said...

cabaran gile bnyak eh kak waktu kerje..adoi..takot nk keje pulak :D

aimie amalina said...

=)
bukan senang nak amanak..dan x susah jugak utk pecah amanah kan =)

Anum said...

besar cabaran ek..
sabar ya,,
bukan senang memikul amah nie kan