Wednesday, July 6, 2011

Suara itu dibawa angin..

-ihsan google-

Terkadang bila kecewa, kegusaran dan berada dalam kelemahan.. kita bertanya dan tertanya.. kenapa? mengapa? bagaimana?

Lalu ingin sahaja berteriak mengeluarkan satu suara .. suara kebencian dengan apa yang telah di aturkan..

Sikap ingkar itu turun menderas jiwa, sehebat taufan yang melanda.. tidak sedar bahawa ada yang MENCIPTA kita..

Ada yang berusaha mengalahkan guntur yang menjelma dengan sengaja itu.. ada yang tidak, untungkah kita..? andai suara itu hanya dibawa angin melintas samudera?

Terkadang 'kenapa' itu kita tidak dapat menemui jawapannya.. tapi andai kita membuka mata, hikmahnya tersebar dimana-mana..



10 comments:

Syazwan said...

alamak..tingginya bahasa..
macam susah je nak paham
*mengantok*

sergeant keroro said...

mata hati tak diizinkan terbuka :)

syrupmasin said...

akak guntur tuh ape??

suha said...

bila cik niena bermadah (^_^)



psstt dh agak cik niena akan komen 1st pasl entry bersih tu lala

niena shopping2u said...

guntur tu guruh, bunyi yg kyat :D

Tea said...

lumrah manusia kak. suka merungut, menyalahkan takdir menyalah orang menyalahkan Tuhan. tak sedar sume tu berpunca dari sendiri. masalah, tak lain tak bukan. sume berpunca dari diri sendiri. yg penting kita kena sentiasa muhasabah diri. tenkiu ingatkan. :)

cik pha said...

kenpa,knpa,kenapa..sedang ditya tapi jawapannya susah nk cari

aimie amalina said...

=) betol! tiap2 hari adeeeee jek persoalan =)

alif haris said...

huhu .. ayat sastera .. hehe sy lemah sikit hehe

Подтверждаю said...

as salam..
kenapa? sebab setiap satunya ada hikmah yang membuktikan keEsaan-Nya.
cuma, kita perlu sentiasa bukakan mata kita. buka sikap bertanya dalam hati.

"kenapa terjadi perkara ni? mengapa?"

kaitkannya dengan qadha dan qadar. insya'Allah dapat jawapannya. tapi hati2. jangan taksub. nanti jadi macam makcik hajjah tu. wallahua'lam.