Friday, July 15, 2011

Thought Of Friday "WANITA"

(gambar: GOOGLE)

Islam telah mengangkat martabat seseorang wanita itu, namun ramai yang sudah kehilangan harga dirinya.. dengan sengaja menghancurkan dirinya sendiri sekaligus menarik sekali masyarakat yang lain terlibat..

Kerosakan akhlak wanita itu akan menghilangkan harga dirinya.. lihatlah.. harga diri seseorang wanita itu lebih murah daripada sebuah motosikal malah  ada yang sama harganya dengan sekeping roti canai.. dan paling sedih.. langsung tidak berharga.. bagaimana? sendiri renungkan..

Bukan saya nak kata diri saya bagus.. mungkin saya lebih teruk dari kalian semua.. tapi kita sebagai seorang wanita, perlu rasa diri ni bertanggungjawab memikul satu amanah yang diberi oleh Allah SWT.. menjaga diri, kesucian.. jaga batas pergaulan dengan mereka yang bukan muhrim.. jika bercinta jagalah adab2nya..

Islam adalah sistem perundangan yang pertama serta terakhir yang menempatkan darjat seseorang wanita itu tinggi. Islam tetap memandang kaum wanita itu sebagai manusia yang utuh serta sempurna dalam segala hal ciptaaNya.. jadi, tidak banggakah kita menjadi seorang wanita Islam..? jika kita sudah berada di puncak sana.. kenapa kita perlu merendahkan diri ke bumi?

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat 228 yang bermaksud "..dan kaum wanita itu memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'aruf.."

Dan ingatlah... Allah SWT sudah berpesan.. "Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan. ." (An-Nisaa':14)

21 comments:

muz said...

semoga wanita sedar diri mereka menjadi fitnah dunia apabila tidak diliputi hati dengan iman dan malu...

Sekadar berkongsi bicara...

Diana @ bilakukatacinta said...

"..dan kaum wanita itu memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'aruf.."

semakin ramai yg cuba mendapatkan hak seorang wanita yg melebihi fitrah yg DIA telah tetapkan

Mohd Yusuf said...

Allah mengangkat martabat wanita tapi wanita yang menjatuhkan martabatnya sendiri...

kelembutan bukannya kelemahan...

JIJI YU said...

ha'ah..ye la tu

n a g a_g e m o k said...

seindah hiasan adalah wanita solehah....

Syazwan Che Deraman said...

bagus entry nie untuk dikongsi bersama :).
nak like.

EZAN IDMA said...

tanggungjwb seorg wanita :) tq share

Tea said...

xkira mcm mane buruk org sangkakan kita (perempuan), tp biarlah kita jaga akhlak kita kan. biarlah hanya kita dan Allah yg tahu betapa tingginya harga dan maruah diri kita. jgn rosakkan akhlak kita semata-mata demi org yg dinamakan lelaki. :)

Tea said...

perempuan ni istimewa kann.

risa said...

thanks for sharing dear:)

Amirah Suhana said...

terima kasih sudi share entry ni.,
sangat bagus utk tatapan rohani. semoga kita sebagai perempuan akan terus memelihara kesucian & kehormatan & selalu ingat pada perintahNya. amin

Anak Wak Mail said...

martabat wanita memang tinggi..perlu dijaga dengan baik..=)

Afikah Aziz said...

Bile agama diletak ke tepi,hilanglah maruah murah lah harga diri.Bila akhirat terus dilupai,hati pasti menjadi mati.Bila dunia hanya di hati,pasti jahannam akan menanti

Like entry ni :)

hanaahmad said...

niena! aku suka ini entry.

terlalu ramai yang mengagungkan menjaga maruah masing-masing tapi sebenarnya mereka taktau apa itu maruah sebenarnya. aku hrp aku boleh jadi wanita yang cukup menjaga kewanitaannya. begitu juga kamu niena. :)

Sunah Sakura said...

erm..betul tu.. bersyukur jadi wanita...

ooo..dia akan jadi esok ye? bukan hari ni? hurmmm... ok ok..

Niena Pengembara Ilahi said...

~InsyaAllah~

syrupmasin said...

ye wanita..sedar lah..ecece..hai kak niena :)

d_LA said...

brg berharga ni kene jg betul2..jgn senang2 bg..InsyaAllah, jaga dgn sebaik-baiknya..

nak tanya, niena keje kat kem terendak ker?

Подтверждаю said...

as salam..
yup. menghargai apa yang telah diberi.menyangi apa yang telah ditetapkan. meredhai segala ketentuan yang berlaku..asalkan berusah kearah kebaikkan

=)

Anonymous said...

[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#hyvfw]buy cheap viagra[/url] - buy viagra , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#pljal buy viagra online

Anonymous said...

[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#ruefg]cialis online[/url] - buy cialis online , http://buycialispremiumpharmacy.com/#xwvjr buy cialis online