Tuesday, August 16, 2011

Adakah mereka dilahirkan untuk dihina?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi buat semua pembaca setia Niena.. moga sihat semuanya.. Alhamdulillah hari ini saya masih dikurniakan kesihatan yang baik.. Syukur..

Sekarang ni, gejala kecelaruan jantina di Malaysia semakin meningkat, ada yang sanggup mengetepikan agama semata-mata ingin menjamin kepuasan nafsu masing2.. Nauzubillah.. tapi patut ke kita sebagai manusia yang normal menghina serta mencaci mereka..? Agama Islam mengharamkan wanita yang menyerupai lelaki dan sebaliknya, apalagi andai ingin mengubah ciptaanNya? tapi wajarkah kita mencaci mereka?

Di dalam Syurga Allah tiada hubungan homosexual,gay atau lesbian... Firman Allah s.w.t yang bermaksud, .."Dan Demi sesungguhnya, Aku (syaitan) akan menyuruh dan menyesatkan manusia (dari kebenaran), dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata".. (Surah an-Nisa’: 119)

Sememangnya Allah SWT melaknat mereka yang tergolong di dalam golongan itu, Nabi Muhammad SAW tidak mengaku umatnya.. Alhamdulillah, kita masih kuat dalam pegangan itu.. sebagai manusia yang normal kita seharusnya membimbing mereka, bawak ke jalan yang benar bukan memuji, bukan mencaci dan makian dilontarkan tetapi keikhlasan dalam berkawan..

Kita perlu memberi kesedaran kepada mereka.. yang selalu saya lihat, wanita khususnya selalu memuji mereka, berpakaian cantik.. kulit licin, slim.. tapi kat belakang? bukan main lagi mencaci.. ada yang terus menghentam mereka, sebenarnya golongan itu jiwanya kelam.. hati dah keras, jauh dari Tuhan, mana mungkin dapat menerima teguran yang keras, perlu memainkan psikologi untuk mereka, bukan mengutuk semata-mata, jiwa mereka akan semakin memberontak..

Kalaulah saya sebagai pemimpin, rasa nak je tangkap diorang pastu masukkan ke dalam rumah yang dinamakan "Rumah Prihatin", tempat untuk membentuk mereka yang seperti itu.. sama macam pusat serenti, kalau keluarga kita yang memiliki sifat sebegitu, baru kita tahu bagaimana perasaannya..

19 comments:

Ku Azhar said...

xbaik tkar jantina T_T

Bui Junaidi said...

susah nk cakap golongan ni..nk tegur salah,tak tegur pun salah..*_*

Ku Azhar said...

ala...klik la klik la :p hehehe

Waqheh said...

benda begitu mmg haram sisi agama. tapi kita sebagai insan yg prihatin syg sama umat wajar bimbing, dekati bg dakwah..dgn menjauhi memaki hamun akan buat mereka hanyut...

taat perintah Allah ikut cara Nabi saw

+_Miss.Jannah_+ said...

ada hikmah di setiap kejadian dan dugaan.. mungkin ni sbg pengajaran/peringatan utk kita semua.. :)

hehe, putus cinta? lebih kurang kot kak.. :p

meh la dtg raya.. jannah raya ke-5 ni dah pegi daftar kat skudai.. :D

azam said...

usaha utk jadi seperti yang dijadikan Allah.....kalau lelaki buat cara lelaki......xyah cucuk² bg jadi pompuan....cubalah cucuk² bg jadi laki

BERT said...

mmg tak patut disishkan tapi dibimbing...

Diana @ bilakukatacinta said...

tulah Nina..sedih gak bila orang kutuk derang melampau2..kadang2 bahasanya tak mencerminkan bidaya kita. menegur boleh..tapi perlu kena dgn caranya. .Sis jugak cuba memahami mereka..ada kawan2 sis yg biseksual dan gay...ada yg dah jadi pondan...dah mcm pompuan sgt2..tp kita berkawan..nak dekat ngan hatinya.. nak bantu dgn cara halus..nasihat

sergeant keroro said...

setuju dengan cadangan kak niena :)

JIJI YU said...

tegur leklok

Luqeem™ said...

bila manusia sudah melupakan yang nikmat yg diberi

Cik Bell said...

mencaci tu perkara yang dilarang..tp seeloknya mmg jgn tukar jantina..just bg semangat kat depa utk kuatkan jiwa mereka dgn jantina asl mereka. ;)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai pow x paham jugak...dah terang benda haram yang tu juga nak buat...moga kiter di jauhkan ngan semua ini...insyaAllah

BeloG MTT said...

Apa pon yang berlaku kat sekeliling kita (DUNIA) kita sesama manusia tak berhak nak memalukan,menghina ataupon mempertikaikan tentang seseorang..Kita sebagai teman ataupon orang terdekat yang kena nasihat bukan menghina kalau seseuatu yang di lakukan tu seakan terpesong..Kan kak? :)

pamie said...

sewajarnya mereka2 ni dibantu..bukan dicaci..

syiela said...

sepatutnya mereka perlu di beri perhatian yang serius oleh pihak tertentu.. bukan di pulaukan... semakin di biar semakin berleluasa.. contoh terbaik imamm muda... best tengok cara dorang menarik balik golongan ni ke landasan yg betul..

Dynda said...

entah la.. mcm2 benda pelik ade kt dunia ni :(
smoga kita smua dijauhkn dpd pkra2 sbgtu rupa. nauzubillah..

aimie amalina said...

betol tu akak!
ade byk car ank bimbing dorg balik =)

alif haris said...

sepatutnya perlu ditubuhkan satu institusi penyedaran mcm pusat serenti untuk golongan mcm tu ..hmm