Wednesday, August 17, 2011

BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH

Santai Bersama BEN ASHAARI

Lama sudah tak join segmen Ben Ashaari..  Ben Ashaari ada buat segmen cam tajuk kat atas tu.. Haaaa.. bila Ben Ashaari cakap pasal lelaki curang, kita plak kena kasi pandangan mengapa wanita curang? nak join? klik imej atas... Wanita dan lelaki sama sebenarnya pada zaman sekarang ni, tak boleh nak kata lelaki curang ataupun wanita yang curang, sama jer.. takleh nak menuduh mana-mana pihak. Sebab kita dilahirkan sebagai makhluk Allah yang bernama manusia..

Bagi memenuhi terma dan syarat, saya kena jugak bagi pendapat kenapa wanita curang? ini kerana wanita tersebut tidak jujur, sekarang saya nak cakap mengenai seorang wanita yang bergelar isteri, kalau bercakap  mengenai status sebagai "kekasih" mungkin dia masih boleh membuat pilihan, tetapi sebagai seorang isteri.. tempatnya adalah disisi suami, berdosa besar seandainya seseorang isteri itu berlaku curang terhadap suaminya.

Seperti kita tahu, wanita ingin dibelai dan dimanjakan tapi tak semua camtu, mengikut pengalaman, wanita itu tertarik pada kelebihan seseorang lelaki itu.. maksudnya apa lelaki itu boleh buat kepadanya. Manakala lelaki pula tertarik pada kecantikan, jika meminati seseorang itu dia akan mencuba sedaya upaya menarik perhatian wanita dengan segala kebolehan yang ada, tak kisah lah wanita itu isteri orang pun, apabila wanita yang kurang mendapat belaian serta perhatian daripada suami, maka dia akan terpedaya dengan layanan lelaki lain yang cuba ingin menggodanya. Akibat dari kurang kefahaman tentang agama, maka dia akan terus hanyut, tak tahan digoda maka syaitan mula merasuk diri.

Ramai wanita yang cantik berlaku curang, ini kerana ramai yang ingin cuba memiliki, seperti yang saya kata.. sesetengah lelaki suka pada kecantikan luaran, wanita yang cantik ingin dirinya sentiasa dihargai (tak semua!) . Oleh sebab itu, jika ingin mencari pasangan, carilah yang  beriman.. kecantikan dalaman akan menyerlahkan kecantikan luaran.

Sekiranya suami gagal melaksanakan tanggungjawabnya dan setelah diusahakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut, si isteri sepatutnya keluar dari perkahwinan itu dan bukanlah mencari jalan untuk berlaku curang. Itu saje pandangan saya kot.. Sekian, terima kasih..

5 comments:

Tukang Karut said...

dekat bintulu la... kat sini awal sejam la... dah gi tadi...

p/s: tak perlu publish

aimie amalina said...

huhuhu..sokong!skrg...due2 same jek kan kak..

Luqeem™ said...

betul2..laki n prmpuan skrng xle caya. nak cari laki n prmpuan yg soleh crilah gunakan medium ibubapa..

cucu umie said...

that's right sis.. kedua2 ye same shje.. ad shje yg curng..tidak kire lelaki mahu pon perempaun ttpi biaselah perempuan cantik sng kot nak curng sebb diri mereka sentiasa mjadi perhatian..

alif haris said...

cari pmpuan btter jgn pndang hanya pd rupa fizikal ..
tp rohani die juga perlu mantap ..