Thursday, August 18, 2011

Bukalah hijab itu..

Hijab merupakan panji seorang muslimah.. sebagai seorang wanita kita diwajibkan menutup aurat.. kita hendaklah menutup bahagian aurat yang diwajibkan dengan betul dan bukanlah sekadar membalutinya sahaja. Panji melambangkan maruah dan kekuatan, semua tahu tentang panji bukan?  jatuhnya panji.. maka tertewaslah kita, di dalam peperangan.. panji akan dijaga lebih dari nyawa sendiri. Tegaknya panji kerana kekuatan dan kemenangan.

Tetapi kita perlu membuka hijab kita, hijab yang mana? bukankah aurat wajib ditutup kerana sememangnya ia dituntut? apa yang saya maksudkan di sini adalah hati kita.. hati yang sering kita kisahkan ini, kita selalu mendengar bisikan hati kita.. bagaimana keadaan hati kita? adakah terasa getaran setiap kali menyebut nama Tuhan?

Hati yang berhijab sukar mendengar nasihat yang baik, jika menerima nasihat.. hati mula meronta-ronta, maka keluarlah pelbagai alasan serta perbandingan dirinya antara orang yang memberi nasihat itu. Bila disuruh berhijab, tidak dilaksanakannya maka hati pula yang dihijab, ingatlah wahai saudara ku.. Hijab adalah panji seorang muslimah, bila muslimah menanggalkan hijab, maka mereka sebenarnya menanggalkan maruah mereka. Wahai wanita, ini adalah bendera kita.

Bukan saya suka-suka cakap.. tapi tercatit dalam Al-Quran dan hadis.. bila saya cakap macamtu, maka ada orang yang berkata "Siapa kamu nak menentukan kemana tempatnya kami? maruah kami sentiasa terjaga, tak semestinya orang yang free hair tu takde maruah.." Maaf.. itu bukan saya sendiri yang cakap.. tapi, dalam Al-Quran sendiri ada. Kita ada Al-Quran untuk dirujuk, bacalah.. nikmati Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran, mungkin in Ramadhan terakhir kita.. ambil masa untuk berubah di bulan yang mulia ini, bukalah hijab hati kita..

Allah SWT berfirman;

"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.." (An-Nisaa':14)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung di dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra putra suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka…” (An-Nur: 31)

30 comments:

syrupmasin said...

baru tao la kak ade hijab hati :P

Ku Azhar said...

header lama kena curi dgn pakcik gugle..mcm slalu la T_T

Anum said...

ilmu yg berguna

azam said...

menarik.....

liyana said...

hmm.btul tu kak..
mne leh tnggu mase nkpakai hijab..
mmg Allah dh berfirman dalam Al-QURAN..hmm..
semoga yg x memakai hijab diberi kesedaran hati

Pn. Sheila said...

alahai...cian kat niena...

fazrulnoor said...

bagusnya

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

susah nk tegur mereka yg tak berhijab..kalau tnya nape tak pakai tdung? nnt dorang kata, tak semstinya aku tak pakai tudung, aku jahat, ade jgk yg kata belum dpt hidayah lagi..

Haih, entahlah.. hanya mmpu melihat n doakan dorang yg tak pakai tdung tuh nnt bertdunglah hendaknya..:D

Diana @ bilakukatacinta said...

oohhh..hijab yang itu..muga allah memberikan ketetapan iman buat kita..


p/s: jgn terbuka hijab mata sudah..nt nampak antu lalu lalang

Mohd Hazwan Hashim said...

Alhamdulillah ... gud entri . :)

Luqeem™ said...

jagalah hati tapi biarkan ia terbuka, supaya snang untuk mendapat teguran.
spya mnjadi muslimah yg sjati..

anismelon said...

nice entry kak..anis penah tulis yg..manusia yg ingkar perintah Allah lagi hina dari cik bab**...

Santri T.P.I.N.I said...

salam niena...hu3 hr ni tenet down, tak leh nk update n3. best n3 ni... kalau nk buat perbandingan brg yg ditutup dgn dibuka, yg lebih berkualiti adalah yg dibungkus kemas. yg dah terbuka mungkin dh lemau masuk angin...

muhamad hanif said...

oh,


sekarang ni, yang haram akan jadi halal.


ummpph.

Afikah Aziz said...

eh ade kaitan la plak ng entry ika..tutuplah aurat sebelum kita ditutupkan dengan kain kapan :)

Pojiekyra said...

minta simpang la..kyra xnk cmtue huhuhuhu.......


p/s : hehe sapew ag kyra nk culik akak ngeee..!!:D

Sukma Bintara said...

saya sokong!!!!!!!!!!!!! inilah kecantikan wanita~~~~~ Ya Allah.... kurniakan kami lelaki dan wanita yang soleh & solehah.....\



lihat dan klik kritikan sukma pasal bomoh:

http://sukmabintara.blogspot.com/2011/08/serah-jual-berikan-tubuh-pada-lelaki.html

sergeant keroro said...

betul tu, semuanya sudah termaktub dalam al-quran :)

Kalamhati said...

Betul tu niena..buka hijab hati kita supaya kita nmpk kebenaran Allah..dan hijab aurat kita supaya maruah diri terjaga..insyaAllah

JunAina said...

sesungguhnya terasa insaf...hati yg dihijab bermakna hati yg gelap. hati yg gelap itu tiada cahaya dan seharusnya bagaimana kita mampu memilih di jalan yg gelap?

Sunah Sakura said...

yup, betul tu akak...bukalah hati...terimalah nasihat...tak rugi pun...kenapa perlu berkeras?

gedek! said...

teringat lagu hijab kekasih ~ m nasir

fa said...

ramai yg still buat main bab2 bertudung ni.. sedih kot bila tgk..

Tukang Karut said...

oooo... bukan pintu hati ke?

Azura Mendezz said...

"Hati yang berhijab sukar mendengar nasihat yang baik, jika menerima nasihat.. hati mula meronta-ronta, maka keluarlah pelbagai alasan serta perbandingan dirinya antara orang yang memberi nasihat itu." ~ very2 true, dear..

Waqheh said...

kalo bior hijab hati lelame jadi itam...

Myera Nyera said...

woah, tersentuh hati bila baca entry ni :')

alif haris said...

ouh hijab hati memang perlu dibuka ..
kalau tak mcm ne hidayah Allah nk masuk :)

Fad said...

psstt...akk lupa dah jwb blm psl baju tu..huhu..

baju tu rm28 campur postage..tempah kat abg ben..:)

anggunpesona said...

Akak suka entri ni. Mmg semua org tahu perlunya wanita berhijab tapi masih lagi buat tak tahu. Wanita lebih terjaga maruahnya bila berhijab dan lebih terserlah auranya.