Monday, August 15, 2011

"Lingkup bisnes aku sebab hujan..! tak guna betul!"

"Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.." (Ar-Ruum:48)

Seorang peniaga inginkan perniagaannya laris lalu mereka bersaing untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan dengan menggunakan kreativiti masing2.. dan ada jugak yang menggunakan benda lain sebagai pembantu demi melariskan perniagaan mereka.. 

Setiap peniaga pasar malam atau bazar ramadhan inginkan cuaca yang baik, biasanya jarang orang ingin meredah hujan ke tempat camtu kan.. semalam sebelum berbuka abang ipar bawak saya ke bazar ramadhan, nak beli juadah untuk berbuka.. banyak gerai yang tak berniaga, mungkin bajet semalam hujan kot tapi Alhandulillah cuaca baik..

Tetiba terdengar seorang peniaga berkata "banyak gerai tak bukak sebab hujan semalam la.. jahanam abis, lingkup  bisnes aku sebab hujan.. tak guna betul!" suaranya seolah orang yang kecewa.. tetiba rasa cam nak sound jer.. dia telah mendustakan nikmat Allah..

Siapa yang bagi hujan kalau bukan Allah ? kena camtu sikit pun dah kecoh... masa Allah bagi rezeki bersyukur kah? jarang orang yang senang ingat Allah tapi bila dah susah baru nak teraba-raba cari kitab, tu kira ok lagi.. tapi yang jenis salahkan takdir tu? isk.. mengharapkan kesenangan dunia, baru Allah jentik sikit dah takleh nak terima..

Syukurilah dengan nikmat yang kita dapat.. tak papa pun sebab hujan , hujan tu rezeki Allah.. camne kalau Allah tarik hujan selama setahun? takyah cakap setahun... 3 bulan cukuplah.. kecoh satu dunia..

27 comments:

TeAqArH said...

tampar mulut org tu laju2...salahkan ALLAH pulak..da hebat sgt ke?

visitme@FaTiN cOrNeR said...

tudia..kena sambar petir baru dia tau..

td ptg pn nk hujan gk. p.cik yg jual air kt bazar lelong air sbb nk tutup awl..hehe..3bngkus air 2rinnggt je..syok la kami..hehehe..

Dzarief Zuhdi said...

ermm. betol2.. itulah manusia.. blia dah hilang baru terhegeh hegeh nak cari balik.. waktu ada, takmo hargai..:(

amierah said...

salam, bila Allah bagi cuaca panas terik, kita merungut. bila Allah bagi cuaca sejuk kehujanan, kita merungut gak. kesimpulannya, manusia ni susah nak bersyukur. that's why kita hidup perlu saling mengingati. thanks lana for sharing.

Citarasa Rinduan said...

subhanallah..
tak terfikir pun dihati ini jika hujan melanda,,
jika tiada rezeki kami.. kami akan sedekahkan ke masjid dan kenalan terdekat....

tapi, tak dinafikan itulah lumrah yang bernama manusia

Cik Asma BLuppy said...

hish... tak baik btul. kena tegur org mcm tu.

Syazwan Che Deraman said...

macam ni la manusia.
bila hujan, marah marah..tak puas hati..bila panas je memanjang.
marah marah jgak..tak puas hati.hmmm.
bersyukurlah.
Allah Maha Mengetahui.

JIJI YU said...

jaga2 dgn kata2..kdg2 leh jadi syirik tersembunyi..

Pojiekyra said...

dia lupa bahawa Allah yng mmberikn rezeki pda dia..kalo Allah tarik bru nyesal kot hmmm..



p/s:btoi akak rindu sgt :(( kyra mmg bz sgt hhuhuhuhuhu

Luqeem™ said...

yup2..rmai yg slalu ckap cmtu..rasa x sedap hati plak, kot2 tiba2 nikmat yg diberi tu ditarik, nauzubillah..

BEN ASHAARI said...

Manusia... hanya fikirkan dirinya saja.. dia tak nampak untuk orang lain ..

Fad said...

xbaik..dosa tu...hujan rahmat..akk suka hujan...buat akk rndu..

Titisan Hujan said...

dh kufur nikmat nie

Ezad Skytech said...

kenapa la masih ada orang yg macam ni..bersyukur la masih diturunkan hujan..cuba kalau tak hujan..mahu kering kontang Malaysia ni~

muhamad hanif said...

Err,


mungkin dia tak lihat dari sudut lain kot.

mamawana said...

Manusia mudah lupa pd nikmat Tuhan..

aimie amalina said...

aiyaaakk
boleh pulak ckp cm tu
tuhan tarik rezeki nnti cam mne..aiyooo

amna said...

nauzubillah.. semoga kita dirahmati Allah sentiasa :']

syrupmasin said...

oke akak ape lg lempang lah org tuh :D

Arpiiz said...

ni mesti sebab tak pernah rugi ni.. sebab tu dia tension bila jadi macam tu..

Waqheh said...

hmmm betul tu. kdg2 kita tak syukur apa yg berlaku tu dgn izin Allah. ada hikmah sebalik tu..

Tukang Karut said...

cis! bila tak hujan dirayu dipohon supaya turun!

ïêmå å¢klê§ said...

mugkin die terlepas cakap...
kadang2 kita xsedar ape yang terkeluar dari mulut kita...
sebab 2 kita lebih baek berpikir sebelum berkata2....

fiq. said...

err, mesti tak pernah bersyukur dan tak tahu sape yg bagi nikmat dan rezeki selama ni..

Bui Junaidi said...

hmmm..bila tak fikir panjang,mcm ni lah jd nya..

sergeant keroro said...

tak baik salahkan ketentuan, seolah-olah mempersoalkan kejadian Allah

alif haris said...

astaghfirullah .. tak baik peniaga tu ckp cmtu kan ..
kang Allah bg lingkup betul tawu lah