Saturday, August 20, 2011

Siapakah diri kita yang sebenar..

Lepas subuh tadi saya cuci kereta.. sambil tu bukak Ikim.FM, macam biasa dengar tazkirah pagi sebagai santapan rohani, ye lah.. perut je nak menerima santapan.. hati ni nak kena jugak disuap makanan yang enak-enak..

Saya tak pasti apa tajuknya sebab tekun dok sental getah-getah mangga yang melekat kat keta tapi yang pastinya apa yang disampaikan amat menarik sekali. Tentang diri kita, kita ini manusia dari jenis apa.. lembut ataupun penuh dengan kekerasan.

Manusia yang mempunyai kelembutan adalah manusia yang sentiasa sedar dengan kehebatan Allah, sentiasa menginsafi siapa dirinya, rohaninya sentiasa disirami dengan amalan yang ikhlas, kelembutan yang dimaksudkan adalah kelembutan hati.. kita ini dijadikan dari tanah yang lembut serta roh yang suci. Pada awal kejadian kita, kita penuh dengan kelembutan, kesucian dan keinsafan.

Seketul tanah yang keras itu pada asalnya lembut, tapi kenapa tanah itu keras? kerana terkena api mungkin, mungkin juga kerana terkena panas mentari yang terik, oleh kerana itu ianya menjadi keras, bagaimana kita nak lembutkan tanah itu? siramilah dengan air.. untuk dijadikan tanaman, taburlah dengan baja.. InsayAllah.. tanah itu akan menjadi subur dan akan berbakti kepada kita..

Kita asalnya dari tanah.. siapa diri kita yang sebenar? manusia yang lembut atau manusia yang keras? sedangkan tanah yang subur pun orang masih siram lagi dengan air, masih tabur lagi dengan baja.. kita sebagai manusia? siramilah diri kita dengan keinsafan.. ambillah ilmu yang berguna itu, manfaatkan kehidupan kita sebaik yang mungkin.. janganlah sia-siakan kejadian Allah SWT ini.. kita ada kitab, kita ada Rasul.. kenalilah siapa diri kita..

Manusia yang keras hatinya adalah manusia yang banyak syaitan disampingnya..

15 comments:

pCL [p@kcikLie] said...

singgah salam dari PCL, semoga ceria selalu...mendengar melihat sesuatu yg baik tu adalah hikmah bg diri kita...jgn sia2kan pandangan dan pendengaran kita dari sumber2 yg lagha (melalikan).

Ku Azhar said...

kak niena! :D

nk jemput..

http://mentega-terbang.blogspot.com/2011/08/majlis-bacaan-yaasin-dan-tahlil.html

Kancil 8349 said...

Manusia dalah kejadian yang terbaik di dunia. Memiliki akal dan nafsu. Jika akal lebih berkuasa maka kalahlah nafsu tetapi sebaliknya akan berlaku jika nafsu lebih berkuasa...apapun, jika kita sedar kejadian kita dan tanggungjawab kita. Insya - Allah kita akan sentiasa bersyukur

Umedia Network said...

Betul2. Suka entry ini.

maszull said...

salam niena....hati yg keras tu boleh dilembutkan dengan kata2 yg lembut juga....

semoga kita dijauhkan dr mempunyai hati yg keras itu....

jadikn lah hati kita mmempunyai sifat2 yg terpuji dan hatilah yg akan
menunjukkan jln kebenaran....:)

tamlegend said...

hati y keras mmg susah nak dpt hidayah...



cik niena...bunga bakung tu bunga lily...hehehe

::Cik Pija:: said...

sentiasa bersihkan hati dengan perkara2 yang tak sia2. :P

selamat beramal! :)

H.J said...

tertanya2 hati ni keras ke tak..

visitme@FaTiN cOrNeR said...

tazkirah yg sangat menarik..

cuci kereta baru ke tuu..hehehe..

Atiqah Wadiah said...

btol tuh kak..sekeras2 manusia boleh dilembutkan dgn byk cara..zikir cth nyer :)

cucu umie said...

terima kasih sis atas peringtn yer...

laskar pelangi said...

muhasabah diri kat sini sambil baca entry ni..huuu~

alif haris said...

terima kasih kak atas perkongsian :)

aimie amalina said...

keinsafan demi keinsafan
agar diri x lupa pada Tuhan =]

pengemis Cinta~ said...

mari lembutkan hati,,sementara masih terbuka pintu hidayah..;)