Wednesday, September 14, 2011

Carilah yang halal sebaik mungkin

Makanan boleh menjejaskan Ibadah kita.. hari ni, terbaca kat post sorang sahabat yang megatakan kilang Munchy's diserbu oleh pihak JAKIM dan hasil serbuan itu berjaya menemui stok arak. Apabila ditanya stok itu digunakan sebagai bahan untuk produk munchy's sendiri.. sejauh mana kebenarannya tidak dipastikan lagi.

Kat rumah tu memang banyak biskut munchy's, biasanya saya beli banyak-banyak dan jadikan stok.. sedih sangat-sangat, kita berada di negara Islam tapi makanan kita tidak terjamin halal haramnya. Bila dipasarkan, dah dapat sambutan baru tau produk itu sebenarnya mengandungi bahan yang tidak halal.

Entah esok lusa lagi banyak terbongkar produk lain pula, kita dikelilingi oleh lambakan produk yang tidak halal. Patut lah makin banyak kekejaman yang berlaku. Semoga pihak JAKIM lebih berhati-hati sebelum sesuatu produk itu dipasarkan.


Hadith :
"Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w berdiri lalu baginda berpidato kepada orang ramai. Sabda baginda:”Demi Allah! Tidak ada yang aku khuatirkan terhadap kamu sekelian melainkan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada kamu sebagai perhiasan dunia.” Lalu seorang lelaki bertanya:”ya Rasulullah! Adakah mungkin sesuatu yang baik mendatangkan bencana? “ Mendengar pertanyaan itu, Rasulullah s.a.w diam seketika, kemudian baginda bertanya kembali:”Apakah yang kamu tanyakan?”Orang itu mengulangi pertanyaannya:”Adakah mungkin sesuatu yang baik mendatangkan bencana?” Jawab Rasulullah s.a.w Sesungguhnya sesuatu yang baik itu memang mendatangkan kebaikan. Tetapi apa yang kelihatan baik belum tentu selamanya baik. Rumput yang tumbuh di musim hujan, tiba-tiba dapat membunuh binatang ternak atau membinasakannya. Melainkan bagi yang memakannya hanya sampai kenyang, sesudah itu ia berhenti, lalu menghadap ke arah matahari, berak atau kencing, sesudah itu barulah dia makan kembali. Sesiapa yang mendapat harta dengan jalan halal, dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang memperolehinya dengan jalan yang tidak halal, maka contohnya seperti orang yang makan yang tidak pernah merasa kenyang.”

13 comments:

ziana said...

Yg dah terang bersuluh bolehla kita elak, if yg macam ni.aduiii..hai ntahlah..salam kenal..

H.J said...

dah lama da tak makan biskut ni..

Lulu Caldina said...

kak niena, dah lunch?

Anum said...

ye la pihak JAKIM kena berhati-hati

Saiazuan said...

pasni nk makan kat mana2 pn rasa ragu2

aimie amalina said...

huk3
ssh nye nak dpt makanan yg bebetol halal skrg niiii

huuu =(

BERT said...

patotla biskut tu sedap letak arak rupenye.. cissss!!

JIJI YU said...

chipsmore selamat la kot...

aizamia3 said...

pernah makan tapi tak pernah suka sebab tak kena dengan seleraku..

Santri T.P.I.N.I said...

makanan yg mak masak paling best !!

azam said...

ntah la....katanya fitnah je semata².....sahih ke tak ni?

try check kat website jakim....

anismelon said...

sekarang susah na cari makann yg betul betul halal..masak sendiri tak pakai ape ape ramuan yg jual kat kedai isnyaallah halal

FasiHaH SupiaN said...

tapi ada statement keluar kata ni cuma rumors je...?