Tuesday, September 6, 2011

Disebalik pengembaraan seorang pengembara..


Aku mencari dan mencari, dimana kebahagiaan hidup... bila sedar dunia tidak menyebelahi aku. Ku tanya pada sahabat, dimana kebahagiaan... lalu katanya melalui cinta.. kerana dari cinta itu akan wujudnya kebahagiaan.

Ku mengembara lagi mencari cinta, lalu ku lihat banyak titsan jernih yang hangat singgah ke pipi.. ku tanya, wahai sahabat... kenapa kamu menangis.. lalu jawabnya kerana cinta aku terhadap kekasihku, pembohong.. penipu... kejam !!! mempermainkan hatiku..

Lalu dimanakah kebahagiaan yang sebenar? kata mereka lagi.. kebahagiaan itu terletaknya pada kegembiraan, lalu kenapa banyak impian yang musnah disebalik kegembiraan itu? sambil ku berjalan meneruskan pengembaraan... ada satu sinar menerangi hidupku.. terpancar jelas... itulah cahaya CINTA ILAHI.

Lalu terlakar di tulisan hatiku, hidup ini bukan sekadar hidup.. sesungguhnya hidup ini cumalah permainan dan senda gurau, kenapa kita diciptakan? untuk bersenang-senang di dunia.. itu sahaja? tidak.. Allah tidak menciptakan jin dan manusia dengan sebab lain kecuali dengan beribadah kepadaNya..

Sedarlah aku.. apa yang dicari itu sebenarnya cahaya Cinta Ilahi.. cinta yang dikurniakan ini bukan sekadar untuk aku, kemewahan duniawi bukan milikku.. semuanya sekadar pinjaman, sedangkan hati yang ada di dadaku ini, milik hakiki Allah SWT.. dia hidup hanya kerana Allah.. semuanya kerana Allah...

Hatiku semakin bahagia tatkala cinta itu berpaut pada Allah, tangisan... kesedihan.. itu hanya kerana mengenang dosa silamku.. hidup ini tak keseorangan bila sedar yang Allah sentiasa di sisi.. bila kita sedih, Allah sentiasa memujuk hati kita.. lembutnya Allah, kasih nya Allah pada kita.. Subhanallah...

BENAR. DENGAN MENGINGATI YA RABB.. HIDUP KITA AKAN MENJADI TENANG.. lebih tenang dari air jernih yang mengalir... CINTA ILAHI ITU MEMPESONA.. !

5 comments:

Lulu Caldina said...

kak niena....selamat pagi... :)

Ku Azhar said...

aaaaaa!!!!!!!!!!! hehehe :)

Pudina said...

verily, only by remembering Allah will heart find peace :)

aizamia3 said...

betul..
janganlah kita terus mengejar duniawi sampai kita lupakan akhirat..

aimie amalina said...

=]
cinta ilahi tiada tolok bandingannya..
cinta yg membuahkan keberkatan dlm kehidupan kan..
cinta yang menjadikan diri kita kuat walau lemah menghempap bumi..