Monday, September 19, 2011

Kereta sampah..



Manusia boleh dinilai melalui pelbagai aspek.. tapi tak semua penilaian yang kita buat tu tepat. Manusia memang suka mengkritik tapi jarang manusia yang mampu menerima kritikan. Tapi tak kira, saya nak kritik gak.. mengkritik ke arah kebaikan tu tak salah kan. Ok, sejak dari kecik mak sangat marah buang sampah dari luar rumah.. tapi masa kecik dulu buat gak tapi Alhamdulillah perangai tu tak terbawak sampai ke besar.

Masa kat pusat latihan dulu pun sama, kami di train agar menjaga kebersihan, kalau ada jumpa sehelai tisu maka makan la ramai-ramai, dalam penginapan kami nak jumpa seurat benang pun susah. Dan sikap itu terbawa sampai kemana-mana.. bukan nak kata saya ni seorang yang bagus atau pembersih tapi nak cakap mengenai didikan.

Masa ngah syok drive keta.. tetiba seorang pemandu mengeluarkan sampah dari kenderaan, aiseh.. nasib baik tak kena keta kat belakang, memang perbuatan tu agak melampau.. lihat saje disitu, camne anak nak ikut contoh yang baik sedangkan orang tua sendiri tunjuk sikap cenggitu? bebudak ni ikut perbuatan kita, kalau kita pengotor.. dia pun pengotor sama la.

Pantang betul ngan orang yang suka buang sampah dari dalam keta  ni, apa salahnya sisa makanan tu simpan je lam keta dulu.. sediakan tong sampah kecik ke, keta yang rega juta2 ni leh plak beli, tapi nak beli tong sampah mini yang rega tak sampai seploh hinggit pun tak mampu.. ubah la sikap tu, kalau semua pemandu kita camtu, hummm... banjir ngan sampah ler gamaknya..

17 comments:

AIEN NOT ALIEN said...

kes sampah terbang dari kereta ni memang membantu dunia dipenuhi sampah sarap dengan segera...

takde sivik langsung orang2 yg macam ni...

Santri T.P.I.N.I said...

kena wat macam negara singapore niena barula org kita berdisplin...

aimie amalina said...

waaaaaaaaa
betooolll!
byk sgt dah tgk niii
aiyaaaaakkk
abis jln raya
kete owg yg kene apatah lagi
huuuu

Ati Masrif said...

salam kenal niena,

kejadian sampah terbang
dah jadi fenomena pulakkan :)

Fad said...

Haha niena..kita sama lagi...akk cukup10x x suka org buang smpah kuar keta...tak bertamadun!suami akk dh fhm sikap akk..sampai kalo ada org buang smpah merata dia pndg akk n senyum sambil ckp...xbertamadun betul diorg kan...hehe

maszull said...

salam niena...mmg betul tu niena kesedaran sivik mcm tu kenalah ibubapa yg tunjukkan barulah anak2 tu mengikutnya....

p/ jgn jadi mcm ketam plak kn mengajar anaknya berjalan betul die sendiri pun x jln x betul...:)

Bigdaddyz said...

mmg sudah jadi tabiat kepada mereka yang bertabiat buruk...:)

Anak Wak Mail said...

betull..buruk betul perangai orang yang buang sampah merata-rata ni..camne lah Malaysia nak bersih!

Elih Japahar said...

Itulah sikap pentingkan diri yg tak baik diamalkan...! kalau kat sabah, sesiapa bagi maklumat kenderaan yang membuang sampah akan mendapat ganjaran..pesalah akan didenda!

mas saari said...

orang macam ni memang pentingkan diri sendiri!

akak pernah kena orang baling botol air mineral dari kereta..

BeloG MTT said...

Pernah sekali orang depan buang putung rokok dari kereta dia masuk dalam kereta MTT..Geram betul rasa nak langgar muntot keta dia.. =..="

Tapi nanti diri sendiri jugak yang susah..Hehe :D

Anum said...

ye la kan kita sepatutnya mencontohi singapura

aizamia3 said...

bila dah terbiasa, maka tak hairan kalau bertembung dengan kenderaan yang selamba buang sampah keluar dari kenderaan mereka..

HAFIZAL said...

tu..lah

Sunah Sakura said...

hurmmm...kan..kalo yang buang sampah besar gedabak tu, ada jugak yang eksiden kang..

Eera Shera said...

setuju sgt..semuanya bermula ngan didikan dr rumah.kalau dah terbiasa dr kecik, sampai besar pun tetap amalkan sesuatu tu

tamlegend said...

dalam ketanya dah penuh sampah kot...tu y buang keluar tu...hehehe