Wednesday, September 7, 2011

Ketabahan itu kunci kebahagiaan ..

Untuk menjadi seorang manusia yang tabah amatlah sukar .. tidak semua diantara kita ni mampu menjadi insan yang tabah. Tetapi ketabahan itulah yang akan menjadi kunci kebahagiaan. Kerana melalui ketabahan itu terujilah tahap keimanan kita, melawan pujuk rayu nafsu, melawan segala tekanan maka tabah adalah pemenangnya..

Dan ingatlah.. Allah SWT berfirman di dalam surah At-Taghabun menerusi ayat 11.. maksudnya "Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.."

Sesungguhnya hati yang mendapat petunjuk adalah mereka yang sering memancarkan cahaya kepasrahan, menyingkirkan nafsu amarah, menepiskan segala rasa kesal dan kekecewaan sehinggalah mewujudkan kebahagiaan.

Percaya kepada Qada dan Qadar.. itu adalah taqdir Allah. Dialah yang menyusun dan mentakdirkan segalanya. Dia yang menciptakan manusia dan seluruh makhluk yang lain, menciptakan hukum dan menentukan putaran alam tanpa lewat sejam pun.. baik buruk pun, itu adalah rukun Iman yang keenam kita yang wajib kita percayai.. Dia Maha mengetahui segala apa yang telah di tetapkan..

15 comments:

fRaMe+LenSeS said...

nadh setuju ng kamu. :D betul tu. :D

delarocha said...

berserah kepada-Nya

aimie amalina said...

=]
betol!
selalu ingat..apa yg kita dpt tu adlh kite mampu buat
mampu
mampu
x de yg mustahil
tuhan suke dgn org yg kuat semangat =]

muhamad hanif said...

istikarah dlm membuat sesuatu, biarlah jalan yang dipilih dtg driNya

Acik said...

semoga kita termasuk ke dlm golongan yg diredhaiNya. Amin!

Udy said...

good one.barakallahufeek.

Fathin Fazila Razali said...

alhamdulillah.. wlpn hny seorg remaja dan mgkn hny msh lagi dipandang sebagai kanak2 oleh merreka yang lebih tua dari zyla, tapi raai yg tak tahu... sepanjang meniti usia remaja ni ah byk benda zyla lalui. terutamanya keluarga.. berkorban, berjuang dan mempertahankan keluarga. sebagai anak sulung dan mempunyai 4 orang adik serta bknlah berasal r keluarga yg pernah senang, muflis dan kini kembali hidup bersederhana... zyla bersyukur kerana hari ini zyla mengenali erti sabar.. setiap apa yg zyla alami itu zyla ambil sebagai ikthiar hidup dan jugak igatan zyla pada masa hadapan...ibu selalu pesan.. makin kita sabar makin Allah Swt sayang kat kita.. Insya Allah... kini sabar itu menjadi sahabat baik zyla. membantu dan bersama dgn zyla dalam apa jua keadaan dan kerana sabar itulah zyla tak pernah lagi menyesal dgn apa jua keputusan yg zyla ambik termasuk stdy jauh dr keluarga sebab zylla percaya bkn sahaja sabar tp kalau niat kita baik dan berusaha ke arah itu, Allah SWT akan sentiasa disamping kita. :").. akak, tiba2 je rasa mcm dekat dgn kakak.. even tak kenal tapi dah mula bercambah rasa sayang hny melalui penulisan kakak.. thnks a lot..

Kancil 8349 said...

sabar dan tahu bahawa setiap kejadian ada hikmah...walaupun pada mulanya sukar untuk menerima

syrupmasin said...

tabah hadapi cabaran :D

sergeant keroro said...

ketabahan itu bukti kemenangan terhadap ujian :)

p/s : nak header alien tu ke nak buat header camtu? kan dah buat entri kan, hehe. leh rujuk orang tu la :P

Syazwan Che Deraman said...

setuju ;).

tak tahu nak komen ape.
heheh.

laaaa..gtaw la awal awal.
boleh lepak lepak minum air.hehe

Nur Zulaikha said...

sokong sgt..pernah dgr kata2 ni tak? "kadang2 kita minta rama2 yg cantik tapi Dia berikan ulat,kadang2 kita minta pelangi tapi Allah hadirkan hujan...lalu kita pun bersedih,namun tahukan bahawa ulat itu akan bertukar mnjadi rama2 yg sgt cntik dan pelangi pun hadir selepas hujan turun" (ni sy olah sikit,x ingat yg sbnrnya mcm mne)Allah tak beri apa yg kita mahu tapi Allah beri apa yg kita perlu..Sebab itu perlu bersabar dgn setiap ape yg diberi olehNya..~

siti kektus said...

harapnya kita mampulah berbsabar dan tabah setiap masa dan detik. hehe ;p

Gelugoq said...

betul :)
segala yang berlaku adalah atas kekuasaannya.. kita hendaklah sentiasa tabah dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang. semoga sama - sama kita berada di antara mereka yang sabar dan tabah. InsyAllah

anismelon said...

harap harap anis mampu jadi insan tabah..amin..:)