Saturday, September 24, 2011

Tiada perang bermakna negara aman ?


Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan bahawa Perkhidmatan ATM merupakan perkhidmatan terkanan di antara Perkhidmatan Awam yang lain. Ini bermaksud kedudukan ATM lebih tinggi dari PDRM dan Perkhidmatan Awam. Dengan keputusan ini, gaji Tentera adalah lebih ‘superior’ dari gaji awam dan polis, dengan mengikut ranking seperti berikut:

- Perkhidmatan Tentera;

- Perkhidmatan Polis; dan

- Perkhidmatan Awam.

Keputusan ini dibuat berdasarkan fakta bahawa tempoh perkhidmatan Tentera adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan perkhidmatan Polis dan Awam, di samping risiko tugas dan persekitaran tempat kerja yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, perbezaan di antara ketiga-tiga perkhidmatan itu perlulah dikekalkan dengan memberi gaji permulaan yang lebih baik kepada Angkatan Tentera

Berkhidmat untuk negara, 24 jam sehari dan 365 hari sepanjang tahun. Ini bermakna, anggota tentera mempunyai tangggungjawab untuk memberikan perkhidmatan tanpa had masa tertentu dan boleh dipanggil bila-bila masa untuk bertugas.

Anggota ATM tidak boleh meletak jawatan walaupun telah berhenti dari perkhidmatan. Mereka boleh dipanggil balik untuk berkhidmat semula sekiranya negara dalam keadaan huru hara atau terlibat dalam kancah peperangan.

Kemudahan cuti yang diberikan kepada setiap anggota ATM sekarang hanyalah suatu keistimewaan dan bukannya hak mutlak. Ini menyebabkan seseorang anggota ATM mestilah akur dengan arahan memanggilnya untuk bertugas sekiranya keadaan memerlukan walaupun mereka sedang bercuti.

Anggota ATM tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri atau menyertai mana-mana parti atau pertubuhan politik sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang dalam perkhidmatan.

Anggota ATM tidak mempunyai kebebasan selain daripada mengikut perintah dan arahan. Anggota ATM telah ditanamkan dengan sifat-sifat taat dan setia kepada pemerintah dan negara serta sedia berkhidmat pada sebilang masa demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

Anggota yang berkhidmat dalam mana-mana perkhidmatan ATM mestilah sihat dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan serta menghadapi peperangan. Setiap anggota tentera perlu memastikan tahap kesihatan sentiasa dikekalkan pada tahap yang tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ATM dan negara.

SUMBER: CEUPACS

P/S: Tak nak cakap apa-apa, cuma jangan la kita meluahkan perasaan tanpa mengeytahui apa puncanya. Jangan ingat semua tentera ni ditugaskan untuk berperang, sila betulkan mentaliti anda .. kalau tahu apa yang berlaku kat Malaysia sekarang ni, tak senang duduk kita .

16 comments:

Saiazuan said...

hmm kta mungkin xde perang dgn negara lain, but perang dlm negara sendiri..perang politik.. :(

Fad said...

niena..tolong tangkap pencuri ituuuu...huhu

Kalamhati said...

ambo setuju..hanya orang yg ada dlm tentera dan perkhidmatan yg sewaktu dgnnya jah tau..=)

Kalamhati said...

ambo setuju..hanya orang yg ada dlm tentera dan perkhidmatan yg sewaktu dgnnya jah tau..=)

syrupmasin said...

waaa..baru tao lah kak..thanx kongsi :)

Anak Wak Mail said...

kita tak de kat tempat ATM,,tak kerja apa yang dia buat,,jadi kita tak tahu apa kesusahan tugas diorang..ok,,saya faham.

belog|amiyo said...

tiada perang tak bermakna aman pon.

muhamad hanif said...

setuju2. tak semua askar kena berperang kann

NA said...

Niena, tugas tentera memang berat kan?

-wina1979-

ekabukanmakcikkau. said...

aku baru berperang dgn adik aku smalamm. perang pastu sape menang dapat habiskan kentang . erghh macam siakkkk

Tukang Karut said...

bila bercakap tanpa ilmu dan otak, terjadi la komen macam tu...

Syazwan Che Deraman said...

sape la komentator tu.
main sedap mulut jah, oyak gitu tanpa usul periksa.

saya baru tahu pasal tu semua.

saya ada pok daro sore.
komando gi somalia..
rayo dinu, bini nak beranak pun tak ada disisi, tak tengok lagi anak kecik dia..masih lagi kat somalia..menurut perintah negara.

Bro ahmad said...

menjaga keamanan dan misi bantuan dan pertolongan cemas..bukan kerja perang semata..setuju

Syazwan Che Deraman said...

umur cikgu dalam 50 tahun lebih kot.
tak pasti.
dia part time kat APFT.
dia pensyarah di open universiti.
kenal ke?

[sutera kasih] said...

ATM & PDRM byk berjasa dgn negara..wajarlah gaji dinaikkan utk mereka..

anggunpesona said...

Salam niena. Arwah ayah akak dulu tentera dan dua orang adik lelaki akak pun tentera. Tahu sangat2 tugas mereka. Tq konsgsi info.