Thursday, October 20, 2011

Alasan paling popular mendedahkan aurat

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Meh kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA.. Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat ...

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.. nanti lakonan tak menjadi (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Sumber: FACEBOOK

Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas..


29 comments:

SyafiQ aHaDin said...

saya lelaki! Hehe! :D

anyway nice psot. thanks bagi ingat!

Tapi kalau dah bertudung tu, mesti lah beraksi ikut adab dan sunnah. takkan dah pakai tudong/tutup aurat tapi pegang sana sini. Sakit mata macam nak bagi penumbuk ja! Serius! Pakai tudung tapi pakai baju short sleeve. Aduhai! Sory, emosi. Hehe! :D

Pakai tudung sebagai fesyen nampak leher? what the? sama je macam tak pakai tudung. Nampak gak aurat.

Masih dedah aurat, dengan alasan langkah awal.
Ni pun masalah jugak.

Kalau lah Siti nurhaliza tu pakai tudung betul2, kan bagus! ni tak. Ops!

Argh! dah merapu. thanks :D

ejulz said...

gud info.. baik utk renungan.. :)

era kecik said...

nice entry :)

delarocha said...

mcm mcm alasan

JIJI YU said...

yang pasti..yang baik pakai tudung molek2...

Bilal binti Robah said...

doakan hidayah dtg pd yg belum bertudung
dan doakan hidayah berkekalan sampai ke akhirnya pd yg sudah menutup aurat
:)

Kakzakie said...

Walau apa cara sekalipun ingat-mengingati tetap menjadi tanggungjawab setiap umat Islam. Kalau tidak mahu ikut balasan pasti diterima tapi sebagai penasihat tetap ganjaran Allah berikan...

Anum said...

information yang berguna
bagus untuk renungan semua

Aki said...

Biarpun Aki kristian,aki terus terang tak suke tengok bila hal-hal bertudung ni dibuat permainan.. ade yang pakai tudung,tapi tutup separuh je,baik tak yah pakai tudung kan?? apepun,suruhan agama itu wajib,dan beragamalah seikhlas hati,barulah amalan diterima.. ^_^.v..

CintaZulaikha said...

satu pesanan yg berguna..nice entri juga

shafiqabdshukor said...

setuju... pelbagai alasan..

izamin said...

wa... bagus la info nie... berguna sesangat

Noh Kodiang said...

terbaekkkkkkkk!!!!!!!!!!!

Cik Ecah said...

tutup aurat hanya kerana Allah..:)

Yatie Awang said...

yang pasti kita jangan seperti mereka

aimie amalina said...

betol2!
yg indah2 sumenye tersembunyi
x de terdedah merata riti...

Atiqah Wadiah said...

dh penah baca :)
smoga kita akan jd yg lbh baik

JunAina said...

kak aina dulu pakai tudung semasa tingkatan 1 tupun lepas kena paksa dengan cikgu..lama2 jadi kebiasaan...alhamdulillah...sekarang didik anak pula supaya pakai tudung dan jaga aurat.

miloais said...

banyak alasan dan dalih di beri bila tak mahu!

Ezad Skytech said...

best la entri ni...hee..
jangan la berikan 1001 alasan kan...

EmbunRosaliza said...

info yg bagus, mmg ya gitu lah jwapan mereka

Nur Zulaikha said...

thanks for sharing...ape yg pasti semua manusia(wanita khususnya)PASTI menutup auratnya..bile????semasa dikafankan~>_<

alif haris said...

akhir zaman ramai yg nk menegakkan bende yg haram..huh

maszull said...

assalamualaikum niena...

betul tu apa yg niena katakn semua benda yg amat berharga terlindung n amat sukar utk mendapatkn nya...
oleh itu jagalah maruah kamu semua yer...:)

man said...

kerana tak nampak azab Allah SWT.

Syieda_Joy™ said...

terbaek entri ni akak...^_^

sebenarnya nak tegur pun takot gak sekarang. isu simbah asid la. kkdg kite nak berubah, tapi orang asik nampak kisah lame. kisah di luar. sedih....

WuMing said...

Memang orang suka beri alasan yang menyebelahi diri sendiri

YOUsoF said...

Suka aku nak petik point no. 10. Konon nak bagi komitmen 200% kat kerjaya sampai sanggup tayang tubuh. Habis tu komitmen pada Allah apa cerita? Kesian pun ada jugak tengok orang kita rajin buat filem macam Klip 3gp tu..


Tumpang gembira dekat artis perempuan yang dulu seksi dah dibuka hati untuk bertudung dan menjaga aurat.. ;)

Nur Zulaikha said...

dtg lagi kat sini..hehehe