Saturday, October 15, 2011

Antara Tahajjud Cinta dan dunia kini..



Daripada Abu Hurairah ra berkata; Rasulullah saw bersabda:

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". (Hadis Riwayat Tarmizi)


Semalam tengok cerita Tahajjud Cinta... saya jarang tonton drama bersiri ini, kebiasaannya kalau malam minggu saya akan bergerak ke Kuala Lumpur , ke Johor, ataupun terlibat dengan "on duty" . Jadi jarang ada peluang untuk menonton drama ini. Dan semalan saya ambil kesempatan yang ada untuk menonton episod akhir cerita tersebut.


Di Malaysia sekarang ini ramai yang memiliki sifat seperti Ustaz Shauki, menggunakan agama sebagai penutup kejahatan. Malah di kampung saya sendiri ada mereka yang bersifat begiu. Siapa yang akan gembira jika bukan syaitan, iblis dan kaum yahudi.. kaum yahudi tidak perlu bersusah mencari jalan untuk merosakkan dan menjahanamkan akidah umat Islam kerana mereka ada 'wakil' sendiri. Orang kita...


Saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki. Bukan ingin memburukkan lelaki tersebut, dia yang saya kenali begitu baik, selalu menjadi imam di akademi. Bila mengalunkan ayat-ayat suci Allah begitu merdu sekali, saya tidak menyangka yang dia 'menyimpan' perempuan dan perempuan itu sendiri mengaku kepada saya bahawa mereka pernah melakukan maksiat. Nasib saya masih baik kerana tidak terjerat dengan lakonan palsu lelaki itu.


Perasan tak? banyak drama melayu menceritakan lelaki seperti Ustaz Shauki? yang pastinya kita perlu mengambil pengajaran dari cerita itu. Sayangilah ilmu yang ada, gunalah di jalan yang diredhai Allah.. moga ilmu yang ada sedikit sebanyak itu dapat membantu insan lain. Moga ada keikhlasan di hati kita untuk menyampaikan sesuatu yang baik.


22 comments:

JIJI YU said...

hurm..guno agamo untuk kepentingan diri sendri

sergeant keroro said...

Apabila ilmu disalahguna, serta menurut kehendak nafsu.

Iman manusia turun dan naik.

BeloG MTT said...

Salah gunakan ilmu yang dah ada di dada ke jalan yang salah =..="

SyafiQ aHaDin said...

yep! betul3! kadang2 saya pun buat juga. manusia lemah kan. tapi semakin meningkat usia, semakin pendek umur, semakin matanglah fikiran. Syukur dengan apa yang Allah kurniakan sekarang. I'm happy with myself right now! Moga Allah jangan tarik hidayah la.
Hehe! :D

Nak nangis je bila baca entri sini, sebab semakin banyak kekurangan yang terasa. Anyway, thanks for sharing!

Bro ahmad said...

nak betul2 ikhlas dan bukan bertopeng

Elih Japahar said...

Semakin kuat ilmu agama, semakin banyak godaan..jgn sekali kali menyalahgunakan ilmu yang Allah bagi...

Pn. Sheila said...

minta dijauhkan dgn pkara nie... harap cerita ini memberi kesedaran dan pengajaran utk mereka di luar sana...

kotak bulat said...

tmpat kb pun ad gitu.. hurmmmm...

El-Janna said...

suka uztad amirul^^

abghani said...

ramai sjrg cam tu..kosmetik saja

Titisan Hujan said...

setuju dgn elih japahar

mas saari said...

memang sakit hati tengok cerita tahajjud cinta tu semalam.. tapi ending dia tak best sangat, tergantung!!

Selendang Merah said...

manusia sekarang sukar nak dipercayai...luar baek tapi dalam...Allah jew yang tahu.

Syazwan Che Deraman said...

makin banyak kita dengar kes kes ustaz gitu..hmm..orang gini hok bagi masalah besar ni..

boleh tak kita oyak, orang macam ni, walaupun ilmu pasal agam islam penuh didada, tapi tak mampu lawan nafsu.

sibuk demo, nak tengok tv pun susoh owk.

teha said...

dieorg nie mcm mempermainkan agama islam pulak

man said...

orang yg kurang ilmu agama mudah terpedaya dgn watak mereka.

Santri T.P.I.N.I said...

tak suka cerita tu...mcm memburukkan agama islam jer...

muhamad hanif said...

um.


blog ni dah lain...=)

Kancil 8349 said...

bukan setakat agama kita...agama Kristian sendiri pernah kena macam nie...dalam era kegelapan mereka....agama digunakan untuk kepentingan diri sendiri...dan sekarang agama kita pula...jika berterusan maka ada dikalangan kita akan murtad..semoga kita dijauhkan bencana seperti ini

Kalamhati said...

tanda dunia akhir zaman..ahli agama lebih cenderung ke arah hubbu dunia..cintakan dunia dan gunakan agama utk tutup perbuatan maksiat..huhu menyedihkan

Yatie Awang said...

entahlah, kadang2 dia merasa ilmunya terlalu tinggi, hingga disalah guna...nauzubillah

Sunah Sakura said...

astaghfirullahal'azim..takutnya dengan manusia yang macam tu...