Thursday, October 13, 2011

Ehhhh.. kenapa dia bertutup?

sumber google~


Ada dua lelaki sedang makan sambil berbincang sesuatu di sebuah restoran. Seorang lelaki yang menganut agama Islam dan seorang lagi bukan beragama Islam. Lelaki bukan muslim merasa hairan kenapa wanita Islam diwajibkan menutup aurat dengan sempurna. Tidak kah mereka merasa rimas dengan pakaian tersebut? Lalu lelaki bukan muslim itu bertanyakan soalan kepada lelaki yang beragama Islam tadi..


Lelaki bukan Islam: Kenapa wanita perlu memakai baju yang menutupi semuanya? kenapa perlu bertudung? tidak kah mereka merasa panas dan rimas?


Lalu lelaki yang beragama Islam itu mengambil sesuatu di dalam poket seluarnya. Dia hanya diam membisu sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula. Satu daripada gula-gula itu dibuka pembalutnya dan kedua-dua gula-gula itu dicampakkan di atas meja..


Lelaki beragama Islam:: Nah... antara dua itu, yang mana satu kamu pilih?

Lelaki bukan Islam: Sudah tentu yang masih dibaluti plastik!

Lelaki beragama Islam: Itu adalah lambang sebagai seorang wanita yang bertaqwa.. wanita yang sentiasa beriman dan taat. Dia pasti akan mengikuti segala arahan Tuhan dan Rasulnya. Menutup aurat juga berupaya mengelakkan gangguan daripada anasir-anasir yang jahat. Allah SWT pencipta dan Dia lebih mengetahui perihal hambaNya melebihi hambaNya mengenali dirinya sendiri.


Lalu lelaki bukan muslim itu mengangguk tanda memahami apa yang disampaikan. Saya pernah terbaca kisah ni, dari facebook mungkin... tapi saya terlupa, cuma saya telah ubah corak penulisannya... tapi intinya tetap sama.

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..  (al-Ahzab : 59)

13 comments:

Sunah Sakura said...

analogi yang sangat baik sekali!

erk akak! huwaaaaaaaaaaa...nak nanges tengok feed kat sebelah tu..huhuhu...tadi terkejut tengok stats banyak dari sini...

Sunah Sakura said...

huhuhuhu...terima kasihhhhhhhhh kak ros! akak buat saya terfikir nak letak jugak sebab selalu tertinggal entri2 akak yang begitu laju..sob sob sob..

missbby said...

good info..menarik

JIJI YU said...

analogi trmsyhur

CikTomyam said...

sedapnyaaa gula2 tuh..^^^ huhu

cik tomyam follow belog yg best nie ok..^^

Bui Junaidi said...

hubby bui pernah ceritakan pasal ni dekat bui..

terbaekkk..*_*

SyafiQ aHaDin said...

that's absolutely true!

dan pernah baca dah, tapi mengingatkan sesama muslim tu suatu kemestian kan.

Like2!!!

:D

Tentang Kita said...

tetiba teringatkan sst bila baca entry nie

Adylia Qarissa said...

thumbs up :D

Anum said...

good info

Cik Ecah said...

ingatan yg bagus :)

cik Dil said...

nice..^^

BeloG MTT said...

:')