Thursday, October 6, 2011

Kelahiran baru ..


Alhamdulillah .. syukur sangat-sangat, semalam dapat satu sms dari kakak "Dah bersalin jam 10.00 tadi... berat 3kg... muka macam abang chik dia.." nampaknya bertambahlah ahli keluarga saya...


Kakak dijangka bersalin pada 02 Oktober 2011.. tapi terlajak 3 hari, apa pun kami tetap bersyukur sebab kakak tak menanggung kesakitan yang lama, pukul 2130 kakak mula rasa sakit pinggang, abang ipar terus hantar ke Hospital Serdang yang mengambil masa kira-kira 20 minit dari rumah, beberapa minit selepas dimasukkan ke labour room.. terus keluar baby boy yang masih belum difikirkan nama yang sesuai untuknya.


Tahun ini nampak gayanya saya dapat hadiah yang bermakna lagi.. seindah hadiah tahun lepas.. tapi tahun ni dapat 21 hari lebih awal. Kalau tahun lepas konvokesyen merupakan hadiah hari lahir buat saya.. tahun ini pula kelahiran si kecil tu.


Semoga bayi itu kelak menjadi anak yang soleh.. penyejuk mata.. penawar hati serta pengubat segala duka lara ayah serta bondanya. Moga dia antara orang yang berani dan kuat, berpandangan baik.. dapat mengatur dengan baik dan bijaksana dalam segala hal, penuh ilmu di dalam dadanya agar bermanfaat buat dirinya sendiri serta insan yang lain. I N S YA A L L A H ~

P/S: Maka tahun depan bertambahlah duit raya RM30.00...

15 comments:

aimie amalina said...

akak!
nak duet aye jugak :P
kekeke
welcome to world baby comei!
hehehe

rara pinkmafia said...

bestnya.tahniahhh,

Anum said...

tahniah

hanaahmad said...

alhamdulillah. seronoknya dapat anak sedara baru. :)

Tentang Kita said...

congrats.....bru de 2 anak sedara...anak sendiri belum lagi...mesti seronok dpt cium baby

YAYA AZURA said...

anak sedara sorang RM 30..
beruntung dorang..hihi

JIJI YU said...

sedak sungguh buleh anok sedaro..

mas saari said...

akak ada 10 anak buah...
tiap2 kali raya memang pokailah..hehee

abghani said...

dpt anak sedara..sabaz
i folow lah blog ni

mizzkechique said...

bertambah la ahli keluarga ye.. hehe.. MK lak ntah bl nk tmbh ank sedara ni..

Syuxer said...

tahniah..:)..

Bui Junaidi said...

tahniah..*_*
fuhh..byk tol duit raya utk anak sedara..

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

wahhh besh dapat anak buah lagi...bertambah la umat nabi muhamad yang soleh dan solehah...amin...

azam said...

tahniah

Подтверждаю said...

as salam..
ameen..

=)