Thursday, October 6, 2011

Kenapa pentingnya ilmu ... ?


Kewajipan seseorang muslim sebelum beramal adalah berilmu.. andai tanpa ilmu mana mungkin kita dapat melakukan sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan buat kita. Dan jangan sesekali memandang hina terhadap mereka yang memiliki ilmu.


Hidupnya hati seseorang manusia itu adalah dengan berkat bertambahnya ilmu sedangkan matinya hati seseorang itu kerana kekurangan ilmu. Sihatnya hati kita ini berkat keyakinan sedangkan sakitnya hati itu kerana keraguan.


Ilmu adalah elimen yang paling penting dalam melangsungkan kehidupan seharian. Tapi ramai yang kekurangan ilmu bercakap seolah-olah seperti mempunyai ilmu yang  tinggi dan akhirnya membawa kepada pertelingkahan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Lihat sahajalah apa yang berlaku sekarang... kita tidak punyai ilmu tetapi memburukkan pula mereka yang berilmu tinggi, memperlekehkan pula hukum Allah SWT .. maka di mana kah tempat kita .. ? masih belum terlambat untuk kita kembali ~

14 comments:

Tukang Karut said...

ilmu tinggi kalau tak guna pun adalah perkara yang sangat sia sia...

Syuxer said...

pentingnya ilmu dalam kehidupan kita..untuk memandu kita ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t..

andai tersesat akibat kebodohan kita(malas menuntut ilmu),maka butala mata hati untuk melihat kebenaran..

aimie amalina said...

=]
betol tu kak
bercakap biarlah selari dgn apa yg dipelajri
jgn main ckp je kan
haiyoooo....

Santri T.P.I.N.I said...

harta boleh diwarisi dan jika digunakan semakin berkurang, tetapi ilmu juga boleh diwarisi dan jika digunakan semakin bertambah...

✿ Myra ✿ said...

nice entry :)
selamat berkenalan dari myra. =)

Sunah Sakura said...

yup, betul tu kak...sedih dengan dunia...

JIJI YU said...

takder pe yg nabi tggl untuk kita..melainkan quran dan sunahnya..nak tau dan paham keduan bnda tu..kena berilmu..

Anum said...

macam2 berlaku dalam dunia sekarang

Ijah EmoTemo said...

benar tu , ilmu sgt penting skrg ni.

Bui Junaidi said...

ilmu pelita hidup..*_*

maszull said...

salam niena...semoga ditambahkan n diperbanyakkn lagi ilmu didada dan jadilah salah seorg yg berilmu...:)

aizamia3 said...

bila dah semakin penuh, jangan kedekut untuk ajar pada yang lain..

azam said...

:) sgt² penting ilmu.......

kena byr pun tak apa....

Подтверждаю said...

as salam..
yup. tapi nerilmu sekalipun, tak beramal dengannya, tiada guna.

lihat saja kat malaysia ni, teknologi nak semakin baik. tapi yang projek loji nuklear tu tetap nak dijadikan realiti. tak sekarang, akan datang. wallahua'lam..

apa2 pun, yang membezakan berilmu dan yang berilmu juga, mereka yang mempunyai ilmu dijalan-Nya dan berilmu sekadar memenuhi tuntutan kehidupan duniawi.

ambil contoh, sorang jurutera elektrik. dia ada ilmu2 berkenaan elektrik. tapi pada masa yang sama, dia kejar ilmu2 agama. yakni nak membahagiakan iman dia. lihat pula mereka yang berilmu dalam politik. tapi tamau kejar ilmu agama. sekadar beramal dengan ilmu untuk menguruskan hal-hal dunia je. siapa yang rugi??

=)

beza antara mereka yang berilmu. memang konteks yang meluas bila melibatkan perkataan beramal dengannya. yang kita mahu tahu, beramal dalam bentuk yang mana satu ;)

p/s: niena. er.. tu typo. bukan elimen. tapi, elemen.