Monday, October 17, 2011

Nak yang mana satu ye..?

gambar yang takde kena mengena ini di culik dari sini~

Ada dua orang lelaki, mereka diberi nama lelaki A dan lelaki B. Lelaki A orangnya jenis jujur, tulus, berpengetahuan di dalam agama, gatal sikit-sikit tu biasa la dah namanya laki, berbeza dengan lelaki B.. orangnya sangat-sangat sosial, kalau bab agama ni memang fail. Niat mandi junub pun tatau. Suatu hari si lelaki A bertanya kepada lelaki B..


Lelaki A: Aku nak tanya la.. engko suka pompuan jenis camne?

Lelaki B: Mesti ar yang solehah.. kalo bleh aku nak yang tak penah couple, yang suci-suci gitu. Tau buat keja rumah, tau baca quran, tau pasal agama, tau solat, tau semua-semua lah... kalo bleh aku nak stok ustazah.. apsal ko tanya? ko plak nak jenis camne?

Lelaki A hanya tersenyum sinis.. dia merenung tajam di suatu sudut, hampir 5 minit baru dia membalas soalan si lelaki B.. 

Lelaki A: Aku? hmmm... aku nak mereka yang bersifat kewanitaan..  mengkehendaki agama, menjaga agama dan senang dididik.. sebagai seorang suami, aku yang patut didik dia, bukan dia yang didik aku. Dan lagi.. aku yang patut jadik imam dia, bukan dia yang jadik imam aku..


Muka lelaki B yang gelap itu tetiba bertukar menjadi putih.. nampaknya jawapan si lelaki A terkena ngan batang idong dia. Tu lah hakikatnya, kebanyakan lelaki yang sebegitu zaman sekarang ni nak perempuan yang masih suci.. nak yang elok, nak yang tahu pasal agama tapi diri sendiri? ibarat layang-layang yang putus talinya.


Dan sebagai ingatan kepada kaum-kaum wanita, lelaki yang tak tahu niat mandi wajib tu pun nak perempuan yang suci.. jadi, jagalah diri kita. Tutuplah segala hiasan semulajadi yang seringkali terdedah itu. Jadilah wanita yang lembut hatinya, teguh pendiriannya, terjaga agamanya.

27 comments:

fRaMe+LenSeS said...

persoalan kembali. menginginkan yang baik, tapi diri yang tidak baik. macam mana? seharusnya menjadi yang lebih baik itu perlu, untuk mendapat yang lebih baik. :D

Ibnushukran said...

huhu.. semua llki mahukan yang terbaik untuk dirinya, perkemaskan diri kita dulu,insyaAllah akan dpertmukan.. :)

JIJI YU said...

bagi aku..cukup la si dia berkehendakkan agama..maka aku akan jadi pembimbingnya

mas saari said...

itulah kan? lelaki ni nak yang terbaik je...

jadi kita sebagai wanita ni kenalah jaga harga dan maruah diri..

JunAina said...

bila berpoya2 tak kisah perempuan yg macam mana tp bila bab beristeri nak yg baik2...

tak faham perangai lelaki...

Tukang Karut said...

hoho... pedas...

Selendang Merah said...

betul tu kak...sepatutnya kami kaum lelaki perlu jd lebih baek supaya dapat membimbing kaum hawa nie...bukan mereka bimbing kami...

YAYA AZURA said...

perempuan yang baik utk lelaki yang baik...dan sebaliknya..

perempuan..suka diingatkan..jadi la seperti bunga tulip..lebih cantik ketika mengucup..jg batas...

wahida said...

nak yg perfect je...adoi la..

NasZ said...

betul tu. ramai lelaki nak yang baik2 je. tapi diri sendiri pun terbabas.

bobiedanbad said...

dia terbaik buat ku hehehee

[sutera kasih] said...

jika mahu yg terbaik, pastikan diri jgk berusaha utk jd yg terbaik :)

yen(toka ziizokukuto) said...

huhummbagus entry ni kak,,,tapi,,tak bleh nak komen lelebih,,pengalaman tak cukup ;)

d_LA said...

mmg ramai kes gitu kan..tp kira oke lg dia minat pompuan yg camtu, kalo nk yg seksi2 n sosial lg susah sbb diri sndiri pun x terjaga kan

Kalamhati said...

moral op de stori, kalu nok hok molek perangai dan baik..kito pom keno jadi molek dan baik jugop..jangan hanya nak org je jadi apa yg kita nak..kita juga perlu beri yg terbaik..=)

hanaahmad said...

kebanyakkan lelaki mcm tulah. nak perempuan yang kemain solehah dan baik segala benda, tapi diri sendiri pun tak terurus. kan lebih elok kalau dia persiapkan diri sendiri dulu baru fikir pasal bakal isterinya. aku percaya bahawa, orang baik untuk yang baik. moga aku mendapat manfaat daripada ini. entry sangat menusuk niena. :)

man said...

beringatlah..jangan sampai keseronokkan sementara membinasa diri.

Gen2Merah said...

semoga saya jadi lelaki yang baik2 saja. Ameen...

Warna Warni Kehidupan said...

zass...ada paham sume huhuhu

cik pulau said...

ehmm...
sekurang-kurangnya, dia mampu jadi imam solat dan bimbing keluarganya ..
mudah-mudahan apa yang dihajati tu termakbul..aminnnn

SyafiQ aHaDin said...

terkena kat batang idong saya!

maszull said...

salam niena...semuanya nak yg terbaik kn x ada seorang pun nak cari org yg kurang baik...

moga dipertemukan jodoh ngan orang yg baik2 gak kn...:)

Cik Jannah said...

depa nak yang cantik2. sempunaa segala. tetapi depaa tu camne lak?

Woofer Storm said...

tersedak sekejap kat sini..hehee

inginkan sesuatu yang cukup sempurana walaupun diri ini tak pernah sempurna dimata orang lain..adilkah??fikirkan semula..

suka entry ni...5 bintang sy bagi^^

Mya said...

sama2lah kita menjaga dan memperbaiki diri:)

Marcella said...

semua orang nak yang baik2 saja walaupun sedar diri tu tak baik..=)

aimie amalina said...

sukeny bace
emmm
harap cm tulah kak
heeeeeee