Saturday, October 15, 2011

Tips: Persediaan Menghadapi Malam Pertama


Pokok yang baru ditanam jika diberi baja dan disirami dengan air setiap hari belum tentu hidup dengan suburnya. Jika Allah mengkehendaki dia mati.. maka matilah pokok itu. Begitulah kita, siapa yang rasa dirinya akan kekal hidup di dunia? Janganlah bermimpi...
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." [Ali 'Imran:185]
Hakikatnya kita telah dipinang sejak azali... kematian itu adalah jodoh yang peling dekat dengan kita. Jadi bagaimana persediaan yang kita perlu lakukan untuk menghadapi malam pertama di alam barzakh kelak? Rasulullah SAW telah memberikan panduan kepada umatnya agar membuat persediaan sebelum melangkah ke alam barzakh, melalui sabda baginda yang bermaksud;

"Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu amalan soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya”. (Hadis riwayat muslim)

Itu dia.. tiga tips yang diberikan oleh baginda.. apakah kita tidak mahu merebut tips yang hebat tersebut? Hadis tersebut menjelaskan  terdapat tiga amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap muslim semasa hidupnya di dunia, sebagai bekalan menuju ke alam akhirat. Jadi sila lah menggunakan tips yang telah diberikan itu... Dan sabda Rasulullah SAW pernah menegaskan di dalam sabdanya yang bermaksud;



“Orang yang mati dalam kuburnya tidak ubah seperti seorang yang sedang kelemasan meminta pertolongan. Dia sedang menunggu hingga sampai kepadanya rahmat sesuatu doa daripada bapanya, saudaranya ataupun sahabat handainya. Jika sampai doa kepadanya, maka itulah yang amat disukainya berbanding dengan segala isi dunia.” (diriwayatkan oleh al-Baihaki)


Kenapa wujudnya entri ini? inilah punca-puncanya....



Kenpa keywords hari ni sangat lucu? dan kenapa blog saya menjadi mangsa oleh pemangsa? aiyakkk..

 Oleh kerana tidak ingin menghampakan peminat blog saya...**pleaseee jgn muntah kat sini ye adik-adik.. saya nak jawab soalan dimana banyaknya katak.. jawapan katak terbanyak ada kat SINI... tapi ai tak rela di makan you !! dia banyak membela katak..

15 comments:

NasZ said...

entry yang sgt bagus. ingatan utk diri saya.

MOHD NASER.com

Kalamhati said...

hehe panazzz blog nina ni..saba jah puok2 ni..

bobiedanbad said...

terima kasih atas entry ini

faridah nazurah said...

kenapa dorang cari keyword yang melampau tu ehh?

SoLy SoLicious said...

peringatan bersama insyaAllah

Diana @ bilakukatacinta said...

tulah..memula baca entri ni..aik..kenapa tetibe niena berkongsi informasi ini..agak terkejut jugak akak....yg dah berpengalaman ni.rupa2nya ada udang disebalik mee....ade info disebalik nuffnag..hehe...

mcm2 kan???....asal info yg berguna dan berilmu cam niena ni takpe jugak..jgn info berbtuk gambosatu kaler tu yg derang carik...sudah le..naye

Syieda_Joy™ said...

wahahaha..keyword tu..aduhhh...

Anonymous said...

muahaha ingat apa la mimpi ajk agama post status ni kat fb.buang tebiat cik ustajah 73 wksp ni.ropanya ni,tapi tak nyesal pun mem.dpt ilmo

Syazwan Che Deraman said...

suko selok baco keyword.
eh, sengeh jah.
hehehe

muhamad hanif said...

tajuk agak kontroversi.


T_T

Atiqah Wadiah said...

sama2 lah kita lsg igt-m'igti..btw,nice sharing k.niena :)

abghani said...

amal jariah

maszull said...

salam niena...sama2lah kita saling ingat mengingati...:)

Marcella said...

tu dia tajuk...

alhamdulillah..peringatan untuk diri sendiri dan orang lain..

insaf..=)

fRaMe+LenSeS said...

terima kasih mengingatkan. maceh. :D