Tuesday, November 15, 2011

Hanya kerana gambar...

Pagi tadi saya lihat beberapa friends di facebook like satu gambar yang dah tersebar luas. Pada awal gambar itu diupload cuma beberapa puluh orang sahaja yang like tapi kini telah mencecah puluhan ribu... yang share pulak beberapa puluh sahaja lagi akan genap ke 2000... page tersebut merupakan page yang berasaskan agama Islam dan dilike oleh lebih 50 ribu... saya rasa tindakan yang dibuat oleh admin tersebut tidak kena dengan tempatnya. Mungkin tujuan asalnya untuk memberi peringatan.


Admin page tersebut telah meletakkan satu gambar sepasang lelaki, mereka bergambar seolah-olah seperti pasangan kekasih serta bercumbuan. Agak menjelikkan, tak pasti itu lakonan atau benar. Dan wajah mereka jelas kelihatan.


Adakah perbuatan itu wajar dilakukan? apakah dengan meletakkan gambar itu mereka akan terus insaf? Apa yang saya lihat hanyalah cacian dari pembaca, hampir kesemua komentar memberikan komen yang agak memualkan. Mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada pasangan itu, apa tujuan gambar itu diletakkan sebenarnya?


Bukan saya ingin menyokong perbuatan pasangan itu tapi setidak-tidaknya jangan la letak gambar yang jelas kelihatan wajah mereka, blurkan kawasan mana yang patut. Siapa pemilik gambar itu? kita tidak tahu.. adakah benar mereka 'gay' atau sekadar lakonan semata-mata? kita tak tahu kan...?


Ingat.. Allah SWT itu Maha pengampun... tapi hati manusia ni keras. Kalau kita buat salah dengan Tuhan kita boleh terus mohon keampunan denganNya tapi kalau sesama manusia? jadi renungkanlah... sebelum ada penutup entri ini, saya nak berpesan-pesan.. tak kira lelaki atau perempuan sila berhati-hati dengan gambar kita. Jangan pula nanti kita jadi model tak berbayar... INGAT!!! jangan hanya kerana sekeping gambar kita diazab kelak..


31 comments:

Fatin Mraz said...

FM mmg x berapa perkenan dgn benda2 berunsur begitu di laman sosial..

sebab ia boleh dilihat oleh segenap umur.. pernah jua ternampak page yg adik FM 'like' ada menyiarkan post dari pengguna fesbuk yang meletak gambar berunsur lucah.. dan tak kurang video lucah..

terus jer Fm report as spam..
susah nak banteras.. mana yg boleh kita buat..kita buat..

miss kinah said...

tak tahu dah nak cakap camne..

mulut orang kita takleh tutup kan?

jemput bace entry lme ni

http://kuchakinah.blogspot.com/2011/10/bersama-kita-doakan-mereka-diberi.html

Iffah Afeefah said...

mcm kite menyebarkan dosa sme2

n lg terok aibkn org

sergeant keroro said...

entah la. cara nak menegur itu salah.

itu dikira seperti menyebarkan aib. sebab dipenuhi dengan kata-kata keji.

erleena said...

haa betul2 , abeh kne ktuk dak tu , geli aihh , bkak blog y dorg letak tuh , xpasty kpnyaan sape ,

kadg2 ad sstgh org dy blakon kan , hurmm waallahualam~

Aki said...

tu belum yang hangat sekarang tu lagi kak.. ade satu gambar lagi.. hm,ntah nape lah nak share mende2 camtu..

Ila Aqilah said...

akak, kite pun ada pasan. Huhu. Memang agak memualkan tapi betul gak, aib orang..huhu..tak patut.

Syazwan Che Deraman said...

macma macam gambar kat facebook loni.
adushh.

ILA HonEyBuNNy said...

sana sini cakap pasal gambar...ila baca fb banyak cakap tentang gambar...

bahaya la sekarang neh..macam2 hanya kerana sekeping gambar...

ILA HonEyBuNNy said...

sana sini cakap pasal gambar...ila baca fb banyak cakap tentang gambar...

bahaya la sekarang neh..macam2 hanya kerana sekeping gambar...

mas saari said...

betullah!
walaupun orang tu buat salah tapi janganlah aibkan dia pula...

aimie amalina said...

tgk gak tadi
tekejut
x taw nak cakap ape
haduhaiii..sedihhhh

delarocha said...

bahaya.. lebih ramai yg melihat, lebih banyak dosa yg dapat. ish ish ish

JIJI YU said...

maring gambar puwe isap kopek..pelik2 weyh..jadi ko ambik kesempatan doh plok

Syafiq Ahadin said...

penyalahgunaan pesbuk membawa kepada hukum haram. betul ke?

ye lah kan.

Syafiq Ahadin said...

penyalahgunaan pesbuk membawa kepada hukum haram. betul ke?

ye lah kan.

Gen2Merah said...

betul3x.. hanya kerana gambar, kita akan mendapat dosa jika dah tersebar sana sini.. lebih2 lagi tanpa kemaafan dari empunya badan...

HaiDa HiDa said...

salam..
niat kita nak jadikan sebagai pengajaran tuk orang lain tapi sayangnya kita salah guna cara perkongsian.. tanpa sedar sebenarnya kita dah aibkan orang..

jom jawab soalan tag pasal blog.. :)

che mid said...

Alhamdulillah, setakat ni tak terjumpa lagi gambar macam tu..

hanaahmad said...

semalam pun ada gambar budak perempuan nampak benda tidak sepatutnya terpapar kat fb. tak patut betul.

Bui Junaidi said...

mayb niat baik tp cara dia salah..

Kancil 8349 said...

lebih baik jangan aibkan orang...

fazrulnoor said...

x tgk pun gambar tu.. xtau cite..tp x pe lah

kiera'sakura said...

dosa membuka aib org, lg dosa klu kita menyebarkan fitnah sbb kita sendiri xtau kebenarannya...

btol kte awk, klu sekadar nk memberi peringatan ptt blur kan wajah org tue sbb klu x kte dh bukak aib org..

klu btol diorg tue gay, semoga Allah bukak pintu hati diorg bertaubat... amin

Yatie Awang said...

akak pun ada terlihat semalam...memang gambar2 yg ganaslah kita kata...itulah yang hairannya...kenapa pulak gambar2 macam tu di share...lebih hairan lagi, ramai pulak yg like nya

Diana @ bilakukatacinta said...

Niena.... D baru perasan tadi, kawan2 ada bgtau ni semua keje hackers/virus.. Dia kata virus porno dah bermaharajalela... Kita tak klik atau bukak pon..dia akan assign seolah2 kita like page/gambar tu..

Selendang Merah said...

betul tu sepatutnya elakkan dari kita membuka aik owg lain...nescaya Allah juga akan menjaga keaikpan kita.

semutsengal said...

huhu..

kadang bila mcm tu niat utk tujuan meninsafkandah lebih kepada niat utk memalukan je.

Ct Aja said...

yela..de tgk gakkkk.... a'ah, sy setuju dgn pndangan akk...

visitme@FaTiN cOrNeR said...

dekat fb roommate pn ada gmbar pelik2 semalam. lagi teruk dari tu..rasanya fb kena hack la..sbgai langkah, jgn letak pic duck face ke, or apa2 atau gmbar besar2..

suha said...

ade satu yg cik suha perasan album bohsia2 murahan kot namanye..yg mengeji tu satu hal la tapi dah kutuk kaw2 g share lak pic tu..adeih..dah same level dh ngn org lam pic 2