Sunday, November 20, 2011

Macam mana nak mengelakkan kelaparan bila berada dalam hutan.

Baru-baru ni saya ada menerima satu soalan.. macam mana cara-cara nak mengelakkan kelaparan bila berada dalam hutan... soalan tu tak terang sangat adakah berada dalam hutan tu sebab tersesat atau apa.. erm, tapi saya lupa sape, komen kat entry mana pun saya dah lupa... tapi sekarang ni baru berkesempatan nak kasi tips untuk menjalankan aktiviti lasak. Sebenarnya lapar mana boleh dielak.


Ok, saya kasi persiapan untuk memasuki kawasan hutan dulu. Sebenarnya cara-cara senang je, bawak la banyak-banyak makanan pastu makan jer... tapi tujuan asal kita masuk ke hutan tu untuk apa? untuk makan je ke? Jadi lupakan tentang niat untuk mengidam makanan yang sedap-sedap. Tunaikan niat kita yang pertama dulu.


Sewaktu menjalani latihan hutan di alam latihan dulu saya takdelah bawak makanan yang banyak. Cukup sekadar dengan bekalan makanan yang diberi itupun sampai kat perkampungan kami sedekah jer rangsum tu kat orang kampung, seronok diorang. Apa yang saya banyak bekalkan adalah coklat. Beli banyak-banyak coklat sebab coklat boleh membekalkan tenaga buat kita. Boleh gantikan nasik tu dengan coklat. Bagi mereka yang takleh ketinggalan nasi dalam menu harian boleh ambil nasi dengan kuantiti yang sedikit. Jadikan nasi sebagai bubur, kemudian campurkan terus daging yang telah dikeringkan, atau ayam yang telah dikeringkan. Lepas makan sedikit nasi ambillah coklat.


Sebaiknya ambillah dark chocolate kerana ianya mengandungi kandungan biji coklat yang banyak dan kurang mengandungi gula. Biarpun harga agak sedikit mahal tapi jangan le kedekut sangat, coklat mengandungi karbohidrat dan protein yang tinggi jadi ianya baik untuk menjadi menu utama bila berada di dalam hutan. Jangan plak nak sedapkan muncung tu dengan makan coklat yang mengandungi kekacang kalau boleh elakkan sebab itu boleh membuatkan kita cepat haus.


Camana kalau tersesat dalam hutan? rasanya semua tahu kot.. alaskan perut dengan hasil hutan seperti pucuk. Sebab tu lah kita kena bekalkan dengan coklat dengan kuantiti yang banyak. Itu sahaja yang saya buat... lain takde. Lagi satu, kalau boleh elakkan penyedap makanan bila makan dalam hutan, sebagai contoh megi sedap rasa tu, elakkan dari makan jajan... pengambilannya boleh melemahkan badan. Pendek kata coklat boleh membantu kita.



P/S: Jangan plak kamu habiskan cekelat tu terus... tu melampau namanya. makan sekadar mengikut keperluan... 





14 comments:

mas saari said...

nampaknya kena beli stok coklat banyak2 kalau nak pi trekking dalam hutan..

Fatin Mraz said...

setuju.. FM dulu masa join xpdc mendaki gunung, coklat mesti ada..

ia berkesan!

Iffah Afeefah said...

kne bawak cekelet ngn air la ni

JIJI YU said...

aku bawak mee goreng

CikGu Ma said...

baru jerr balik camping...lebam2 pun x hilang lagi...dengan bangganya berjaya hidupkan 3 dapur masa masuk hutan baru2 ni...hehhe

delarocha said...

byk juga khasiat dark coklat ni ye

semutsengal said...

ohhhhhhhhhhhhhhhhh..


#angguk tanda paham..

Asmara said...

Aha betul tu. Ingat lg pesanan coach yg bawak kami masuk hutan masa blaja dulu. Pesan awal2 bawak coklat byk dr bwk mknn ringn lain sbb beri tenaga. Good info! :)

sergeant keroro said...

jajan pon sodap

Cik Asma BLuppy said...

oh.. baru tahu coklat boleh jadi alas perut.

Gen2Merah said...

masa nak daki gunung Kinabalu hari tu pun kitaorang diingatkan untuk bawa bkalan coklat banyak2 supaya tidak pitam ketika mendaki..

sebuah info yang menarik

Aki said...

aki bawa air je masuk hutan.. ha ha ha.. coklat,terbaik.. tapi berat sangat,pastu tak best nya,ade beberapa orang,bawa coklat,sampah buang merata.. he he he..

aimie amalina said...

kekeke
abiskan cekelat tu bukn cm masuk utan dh tu
heheh
yay!
dark coklat mang bagus kan :)

JR said...

Bawa pisang pun bagus juga utk elakkan krem...

My new entry:

Erghh..Esok Pemain Bola Kita Kena Sumbat Dlm kereta Perisai Indon Lagi