Sunday, November 20, 2011

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan

Permohonan cuti tahun sudah dihantar. Kalau jadi saya mula bercuti awal bulan 12 nanti selama dua minggu. Baki cuti masih tinggal 78 hari... ada yang tanya haritu kenapa banyak sangat? erm.. sebenarnya cuti tu dah terkumpul dari tahun yang sebelumnya.. saya dalam uniform ni dah 5 tahun, masa bergelar seorang student cuti tahun memang tak boleh ambil.. jadi cuti itu akan terus terkumpul, kalau diikutkan cuti saya 150 hari tapi dah disimpan dan akan dibayarkan dengan gaji terkini bila dah nak pencen nanti.


Berbalik pada tajuk di atas sebenarnya saya masih mencari apartment yang sesuai untuk bercuti nanti. Dah lama sebenarnya merancang untuk bercuti bersama keluarga tapi masing-masing sibuk. Kawan cadangkan saya memilih penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan tapi bila dah buka laman web tersebut semuanya dah penuh. Sebenarnya saya pun baru tahu yang saya ni layak memohon rumah peranginan tersebut.


Sebab apa apartment menjadi pilihan saya? dah tentu la lebih jimat... perancangan bercuti ni saya yang buat dah tentu la saya yang kena support perngingapan. Lagipun cuti sekali sekala je pun, selama ni kakak dan abang ipar banyak membantu saya.. apa salahnya saya belanja mereka kali ni dengan hasil titik peluh saya sendiri...


Bagi pekerja sektor awam jangan jadi macam saya tau, bukan apa.. saya fikir warga ATM tidak layak tetapi kita layak membuat permohonan RPP, harga jauh lebih murah.. selesa, tapi permohonan kena lah buat dengan lebih awal, dah murah... biasa la kan... mesti menjadi perhatian. Jadi gunakanlah kelebihan ini dengan sebaik mungkin.


Cara-caranya boleh pergi ke sana.. masukkan no IC, bagi tentera atau polis sila masukkan no masing-masing. Pilih jenis tempahan, masukkan penjawatan.. bagi gred 48 anda layak memohon banglo dan buat warga Tentera pula layak dari kategori gred Z26. Tapi semalam saya dah cuba semak tapi semuanya penuh, dari bilik biasa, apartment hinggalah ke banglo. Permohonan untuk Disember 2012 boleh dibuat permohonan pada 1 Januari 2012 nanti. 


Saya memang suka memilih percutian di Cameron Highland.. sebab suasa lebih nyaman, sejuk... nak ke luar negara tak mampu sebab terikat dengan peraturan ATM. Semoga cuaca pada bulan 12 nanti baik... InsyaAllah..


13 comments:

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

wah banyaknye cuti terkumpul.....tu la gunakan je kemudahan yg ada,selagi blh berjimatkan...hehee

Iffah Afeefah said...

kat cameron ade umah banglo
sgt selesa dn besa

uma persekutuan la tu

JIJI YU said...

aku pon nak habiskan cuti aku jgk ni..

Bidadari Syurga said...

ooooo.... atm rupanya.... selamat bercuti... apartment selesa... boleh gerah luas sikit...

sergeant keroro said...

lambat lagi nak cuti ni. hurmm

QueeN TerataI said...

Queen ngah planning nak ke cameron tp xtau la bila.. ;)

mas saari said...

rumah persekutuan memang kena mohon awal... kalau tak memang penuh!

delarocha said...

cuti cuti malaysia

L said...

sonoknyer jenjalan..=0

jom baca kejap..=0
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

semutsengal said...

waaahhhhh..

bulan 12 bkn musim hujan keb? Errr..

kiera'sakura said...

insyaAllah semoga diberi keizinan tue..

jelesnya tgk byk cuti... huhuhu

rahman said...

Hello, how are you? I have something to show you, before it is going to be late.
A new antivirus product.

KASPERSKY 2012
KASPERSKY ANTI-VIRUS (KAV)
1PC = RM 40
3PC = RM 60

KASPERSKY INTERNET SECURITY (KIS)
1PC = RM 40
3PC = RM 70

Any order, you can send me your interest to my email.
mandin26[at]yahoo.com

OR for a better process, you can go to my blog, and fill in the ORDER FORM. It is much easy because it go directly to my email.

http://rahman-kaspersky2012.blogspot.com/

Make sure you insert your handphone number for easy contact. THANK YOU.

aimie amalina said...

huwaaaaa
syok nye dieeee
akak pi cameron bile ni?
hehee
mimi gi cameron gak
tapi lupe plak tarikh bile
hehehehe