Thursday, November 24, 2011

PRU 13.. siapa pilihan kamu?

Kenapa tajuk kali ini mengenai PRU.. rasanya semua dah tahu dan nampak setiap kali diadakan PRU perubahan demi perubahan akan dilakukan bagi menarik perhatian rakyat. Dan siapa yang paling banyak menabur janji-janji manis itu selalunya sukar untuk dipercayai.


PRU 10 mengingatkan kembali saya pada zaman persekolahan dahulu. Waktu itu kehidupan saya agak sukar, ketika itu abang masih di luar negara, gaji emak untuk sehari bekerja cuma cukup untuk menanggung seharian perbelanjaan. Emak sentiasa dicemuh... mungkin kerana dia seorang ibu tunggal sehinggakan mereka berpendapat bahawa emak saya tidak layak untuk menyuarakan apa-apa. Pada awalnya PRU 10 membuatkan ibu saya tersenyum tetapi akhirnya ia meninggalkan parut yang sehingga kini masih melekat di hati emak akibat seorang manusia yang sangat busuk hatinya.


Nama emak yang sudah layak menerima bantuah rumah PPRT dibuang kerana emak mengalihkan bendera parti yang dipacak di depan tangga rumah. Bukan itu sahaja, bendera parti tersebut mengelilingi seluruh rumah saya yang agak usang itu sehinggakan sukar untuk saya melangkah. Arwah nenek saya sangat marah dan dia terus menanggalkan bendera yang dilkatkan didinding rumah. Mereka langsung tidak menghormati kami, mungkin kerana kami miskin.


Yang paling menyedihkan mereka memasang mercun dan dihala ke rumah kami, Ya Allah.... terhinanya rasa waktu itu. Yang kami sedih bukan kerana tidak menerima bantuan rumah PPRT tetapi kerana layanan mereka, seolah-olah kami seperti fakir miskin yang mengharap pemberian orang.


Tapi tak mengapa... tanpa PPRT pun emak kini boleh membina rumah sendiri. Alhamdulillah... rezeki Allah itu ada kat mana-mana sahaja. Syukur.. emak dapat menyekolahkan kami walaupun tanpa bantuan dari sesiapa. Saya sangat-sangat berbangga kerana memiliki seorang ibu yang baik seindah namanya.... ZAINAB..


18 comments:

mas saari said...

kadang2 kerana parti ni orang boleh bergaduh kan? jadi pilihlah parti yang betul2 boleh menjamin masa depan kita...

Aki said...

Aki blom mendaftar lagi.. Tapi,erk,kejamnya mereka.. Politik punya hal,kemanusiaan dilupakan??

che mid said...

Tapi CM tak faham, dah jadi macam-macam pun masih ada yang nampak...

Iffah Afeefah said...

siapa tak bangga dgn maknye kan

Eera Shera said...

umur dah masuk layak mengundi tapi sy x daftar lg..

entah la buat mase ni neutral tak belah mane2..haha terukkan

Sunah Sakura said...

pilihlah yang terbaik...

Ct Aja said...

saya nak pangkah dua2...hihiihiii

Подтверждаю said...

as salam..
sedih pakcik baca kisah malina ni..
moga sehingga ke hujung nyawa, malina sekeluarga sentiasa tabah dan cekal menghadapi cabaran dan dugaan hidup..

Подтверждаю said...

oh ya.novel..pakcik sedang mengedit2. tambahan pula, tengah mengarang yang lagi satu. untuk contest abg eqbal

=)

Fad said...

hmm...sedih...

JIJI YU said...

urm..satu undi pon mmpu ubah semuanya

Syafiq Ahadin said...

tak pasti pasal benda ni pulak. Huhu! sedih baca. macam saya pula kat dalam crita tu....

CikGu Ma said...

saya dah mengundi!! =)

jom baca =_=
oh lelaki!!

JR said...

Rakyat sekarang dah bijak. Mereka tak percaya lagi dgn propaganda TV, radio atau media. Apapun, pilihlah yg terbaik...pengalaman mendewasakan kita..


Entri terbaru dalam blog JR:

"Congkak, Guli, Dam Aji, Aci Sorok dan Jala Itik Dalam Sukan SEA Di KL?"

aizamia3 said...

syukur walau tidak dapat masuk senarai tapi dengan kudrat yang ada mampu membina kehidupan yang jauh lebih baik.. ;)

rakyat sekarang mungkin dah terbukak mata hati dari terus ditipu..

suha said...

smpai gitu sekali..macam tau je sape..grrrr

mekar said...

Lakukan yang sepatutnya apabila tiba PRU 13

kiera'sakura said...

masyaAllah... hurm kene bijak buat pilihan kan