Monday, November 21, 2011

Senangnya meraih pahala.. senang juga mendapat dosa..

Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati.. Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ?? Lalu Fatihah bertanyakan kepada rakan sekelasnya...

Fatihah:Kenapa ye mengecilkan hati orang kita berdosa? berkecil hati juga berdosa?

Aisyah:Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Fatihah:Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Aisyah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Fatihah:*blur (>,<)'

Aisyah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.


Fatihah:Ooooooo... Ook...(n_n)'

Aisyah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.


So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati... Maknanya kita tak redha dengan Allah... Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...  Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah Astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu...

**Copy dari FB tapi dah edit sesikit... erm, nak redha tu kekadang susah kan..? jawapannye kena polish hati dengan lebih gigih...


25 comments:

Cik Pulau said...

betol...

heee~

syrupmasin said...

ohh macam tu eh kak..baru tao..thanx share :)

Anum said...

insyaallah

Kakzakie said...

Selalu cuba tak mahu ambil hati tapi semakin usia meningkat semakin mudah terasa hati...

SoLy SoLicious said...

Astaghfirullah al-azim ...

miss inna said...

susahnya nak jd redha mcm tu bila ada org kecilkan hati kita...

fRaMe+LenSeS said...

baru tahu. maceh berkongsi. ;) info yang sgt berguna. ;)

mas saari said...

insyallah akan cuba redha!

Sunah Sakura said...

aha..betul tu..hari tu ade baca kat blog merle..versi anak dan ayah...

Cik Ecah said...

ha'ah kan...hati kene strong...xmo kecil2 hati dah...;)

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

kena gigih polish hati pasni.....:)

Anak Wak Mail said...

Nauzubillah kan..

p/s: patut macam pernah baca je..hehe..;)

kiera'sakura said...

insyaAllah kira akan lebih redha lepas nie...

Santri T.P.I.N.I said...

malaikat atid tunggu sampai 3 kali kita buat dosa barulah dia tulis tetapi kalau kita taubat, maka dosa tersebut dihapus semula dalam buku catatan amalan kita....

hira said...

uik, baru saya tau. hehe. thanks for sharing kak :)

Syafiq Ahadin said...

pernah gak bace dari blog kawan tapi lain sikit. hehe! :)

Gen2Merah said...

ooo macam tu plak ye... saya pun baru tahu ni.. selama ni saya selalu berkecil hati je bila kena hina kawan2 sebab saya ni tak sempurna,.. huhu

JR said...

Ramai org yg sukar nak redza, sebab tu lah banyak parti politik muncul, ramai pula yg keluar masuk parti, sebab mereka dari kalangan org2 yg sukar utk redza...

Entry baru JR:-

Final Bola Malam Ni: Pemain Malaysia Suka Berlakon?

che mid said...

Susahnya menjaga hati sendiri..muhasabah diri itu boleh juga merawat hati..

Bui Junaidi said...

susah jugak kalau sesuatu yg melibatkan hati dan perasaan ni..huhu

Iffah Afeefah said...

takotnye la

kotak bulat said...

mekasih untuk entri ni.. :)

aimie amalina said...

emmm
betol kak
masih ingat kan mimi kak :)

Pondok Usang said...

oleh itu.. berhati-hati..

Ainie Maydie said...

bila bace entry ni baru rasa motivational sikit :)