Thursday, December 22, 2011

Masihkan ada guru sepertinya ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. selamat pagi dan salam sejahtera kepada reader yang bukan muslim.. Alhamdulillah pagi ni sempat untuk saya update blog saya yang dah beberapa hari tak terusik ni. Kali ni saya bercuti bersama kakak yang lain, jadi kat rumah ni ada budak kecik yang tersangat aktif... kalau bukak laptop ni cepat-cepat la diorang datang nak menyibuk.. apa lagi, tengok kartun je la kerja diorang..


Tapi oleh kerana ada satu berita gembira.. saya update gak blog pagi ni.. syukur sangat-sagat pencarian saya selama ni akhirnya berjaya. Saya mencari seorang guru kelas semasa tingkatan satu dulu, saya bersekolah di situ tak lama, oleh kerana ada beberapa masalah saya berpindah di sekolah yang lebih hampir dengan rumah saya.


Saya terfikir, masih ada kah guru yang ikhlas sepertinya...? dia sangat baik, peribadinya terpuji. Itulah satu-satunya seorang guru yang saya rasa sangat sempurna. Selepas sekolah menengah saya cuba menjejakinya tetapi gagal.. saya selalu search namanya di google tetapi tak juga jumpa. Akhirnya Allah menggerakkan hati saya, saya jumpa satu laman web kerabat di Raja Kelantan, saya cuba hubungi nombor telefon yang ada di laman web PKDK untuk mendapatkan info tentang guru saya.. beberapa jam selepas itu saya berjaya mendapatkan nombor hp milik cikgu Tg Puteri.. 


Kenapa saya nak sangat jumpa dengan dia? kerana dia banyak membantu pelajar seperti saya.. tanpa dia saya tidak akan memiliki apa yang saya ada sekarang, ye... benar, semuanya di tangan Allah tetapi dia sebagai pendorong saya. Sampai bila saya tidak akan lupakannya, ketika dulu.. yuran sekolah saya yang berbaki RM 35.00 dibayar olehnya.. kelembutannya membuatkan hati saya tersentuh.. teringin sangat nak jumpa dia, nampaknya tiada rezeki saya kali ni, dia sedang bercuti di rumah keluarganya di KL.. saya harap selepas ni saya akan miliki peluang berjumpa dengannya..


25 comments:

Tukang Karut said...

cikgu yang baik memang kita kenang sampai mati kan...

Semut Senyum said...

cik semut pun ada sorang ustazah masa darjah 5 dulu, sampai sekarang kami keep in touch... sekarang Cik semut dah kerja pun.. =)

Cikgu Ma said...

saya pun ada sorg ustazah yg saya sangat rindu...kali terakhir saya contact dia waktu form 1...dia kat langkawi..tak tau sekarang masih dilangkawi atau dh berpindah..nama dia ustazah wan noorzaini...

budak dulu vs sekarang

Gen2Merah said...

wakakakaka.. baca intro saya nak tergelak.. kelakar lah niena ni.. mmg kalau kat tempat abang saya pun, asal nak buka laptop je teruslah anak buah datang nak menyibuk main game... terpaksa main sembunyi2 dalam bilik... hihihi

wah, bagusnya kalau ada ciri2 guru seperti itu kan... Bila kita ikhlas membantu, jasa kita tetap akan diingati sampai bila2...

JR said...

Guru adalah kerjaya mulia, tanpa guru siapalah kita.


Tajuk entri terbaru di blog JR: 'Pelakon, Ustaz, Perogol: Hmmm....Bodo Punya Orang!!!'

JR said...

Guru adalah kerjaya mulia, tanpa guru siapalah kita.


Tajuk entri terbaru di blog JR: 'Pelakon, Ustaz, Perogol: Hmmm....Bodo Punya Orang!!!'

JR said...

Guru adalah kerjaya mulia, tanpa guru siapalah kita.


Tajuk entri terbaru di blog JR: 'Pelakon, Ustaz, Perogol: Hmmm....Bodo Punya Orang!!!'

Cikpuan rara said...

InsyaAllah suatu hari nt jumpa lah. =)

mas saari said...

seronok kan dapat jumpa cikgu yang mengajar kita dulu... ingat kenangan masa sekolah!

Anum said...

insyaallah ada rezeki dapat anda berjumpa dgnnya semula

aimie amalina said...

huwaaaaaa
bagusssnye usaha akak nii
huu
teringin gak nak wat cm tulah
guru
mmg kalao betol2 "guru" smp bile2 pon pasti dingati kan :))

maszull said...

assalamualaikum niena...masih ada lg guru yg begitu sungguh mulia,penyayang n pemurah...:)

miss inna said...

seorang guru yg baik...

inna pn ada juga guru yg menjadi pilihan ati inna dsebabkan kebaikan dan keikhlasan yg mereka berikan..^^

cucu umie said...

insya-Allah sis akan dpt jumpa dia nty...

Scarlett O'Hara said...

Sedang mencari cikgu juga.Tapi tak jumpa-jumpa!

Fad said...

semoga akk juga ikhlas dlm mengajar anak murid...

NasZ said...

itulah sebaik2 guru. rindu guru2 saya juga. semoga awak dapat berjumpa dgn guru awak tu. Ammiinnn.

Mekar said...

Semua berjaya jumpa cikgu tengku puteri tu

tamlegend said...

moga ketemu hendaknya dengan cikgu tu...

delarocha said...

moga moga

Iffah Afeefah said...

byk saham cikgu tu

pengemis Cinta~ said...

budi guru yang baik dikenang sampai akhir hayat..mulianya seorang guru yang ikhlas dalam kerjayanya..semoga akak ketemu guru tersebut..inshaAllah..;)

pakaian murah kebaya said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

alif haris said...

alif pn ade guru yg alif rindu sgt2 .. tp sampai skrg alif tak dpt jejak die kemana .. huhu

Pondok Usang said...

guru yang benar-benar ikhlas.. selamat tahun baru awk..