Monday, January 2, 2012

Lakukan Terapi Hati...



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. selamat pagi dan salam sejahtera buat reader yang bukan muslim.. lebih dari seminggu blog ini tidak terusik, mungkin setiap hari dia menunggu bila tuannya ini akan menjenguk dan bermesra dengannya, maaf blog... buat masa ini saya tidak mempunyai kesempatan masa, terkadang waktu cuti digunakan hanya untuk bersama keluarga.

Tetapi hari ini hati ini terpanggil untuk menulis satu entri yang berkaitan dengan hati. Hati.. sesuatu yang perlu dijaga dengan rapi kerana dari itulah akan bermula semua rasa kerana hati itu adalah teman terbaik yang ada dalam diri kita. Baru-baru ini ada dua sahabat yang meluahkan isi hatinya kepada saya, ops.. bukan cinta tetapi meluahkan masalah yang terpendam setelah sekian lama terkunci dalam hatinya, Alhamdulillah... katanya beliau ingin berubah ke arah kebaikan tetapi tidak tahu bagaimana jalan untuk menyucikan hati.

Bagaimana untuk menyucikan hati? Amat senang dan mudah.. jika kita mengkehendaki sesuatu itu, maka kita harus usahakannya..  bukan hanya menunggu sekadar menadah tangan. Tiada guna sekiranya kita rasa dirik kita ini terlalu banyak dosa tetapi kita terus melakukan pelbagai maksiat, melangkah diri ke tempat-tempat maksiat, melihat segala jenis maksiat, menggalakkan segala bentuk maksiat seolah-olah tanpa kita sedar kita telah menganggap maksiat itu raja dalam hidup kita. Allah SWT tidak memilih usia untuk kembali kepadaNya, usah kita katakan usia ini terlalu muda untuk dijemput Ilahi.

Hati ini milik siapa? sudah tentu hati ini milik Allah SWT jadi kepada siapa kita memohon? sudah tentu kepada Allah kerana dia yang memiliki hati ini dan kita sebagai penjaganya... Dialah yang punyai kuasa, seberapa usaha yang kita jayakan untuk melembutkan hati ini tidak akan terhasil andai tidak dikehendakiNya. Langkah pertama untuk membuat terapi hati adalah berdoa kepadanya, lakukan Solat Taubat. Jika kita sombong dengan Allah bagaimana untuk kita meneruskan amalan serta ibadah lain? Jadi berdoalah.. Lakukan Solat Taubat, biarkan mata itu mengalirkan cecair yang jernih agar titisan jernih itu menyucikan mata kita yang selama ini digunakan untuk melihat maksiat.


Langkah kedua untuk membuat terapi hati adalah dengan membaca Al-Quran, fahami isinya. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah bacaan terbaik buat diri kita, cuba baca maksudnya, Al-Quran itu akan terjaga kemuliaannya sehingga ke hari kiamat. Tiada sebarang pembohongan di dalamnya, jika kita faham akan maksudnya pasti kita akan menangis dan tangisan sangat-sangat di puji serta di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. "77. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, 78. Pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh), 79. Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. 80. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin. 81. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini?" (Al-Waqi'ah). Sesungguhnya Al-Quran itu kitab yang menggoncangkan dunia.




Langkah ketiga adalah perbanyakkan zikir, perdengarkan selawat-selawat contohnya Selawat Syifa, jika facebook kita buka setiap hari, apa salahnya bukalah youtube, terdapat banyak zikir penenang hati di situ dan sambil kita dengar, ikutlah bersama-sama, pujilah Allah kerana kita hidup ini di aras muka bumi milikNya. Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati kita ini akan menjadi tenang dan tenteram, itulah janji Allah di dalam Surah Ar-Ra'd pada ayat 28. Jika selama ini lagu-lagu rock kita dengari.. lagu yang melalaikan jiwa apa kata kita ubah mendengar sesuatu yang lebih baik, nasyid yang mendamaikan jiwa contohnya, indah bukan mendengar pujian Allah? telinga ini jika ia mampu bercakap pasti itu yang dipintanya dari kita. MasyaAllah... Subhanallah.. indahnya zikir-zikir itu. Lapang sahaja hati ini menerimanya.


Langkah keempat adalah menasihati diri sendiri dan orang lain. Berkumpullah dengan orang soleh. Tidak susah untuk memujuk hati sendiri ke arah kebaikan asal sahaja kita mengikuti langkah di atas tadi. Saya tertarik dengan lagu Maher Zain yang bertajuk InsyaAllah..
Everytime you commit one more mistakeYou feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah...
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah...
Insya Allah you’ll find your way...
Pasti ada jalannya. Satu ikatan yang kuat itu tidak akan terbuka dengan sendirinya jika kita tidak berusaha untuk membukanya. Walaupun sukar, pasti ada jalannya... tak susah untuk berubah bukan? orang yang kata susah tu kerana hatinya degil.. kelam.. Astaghfirullah... janganlah ada sikap sebegitu dalam diri kita ini.


Dan terapi hati yang terakhir adalah perbanyakkan mengingati dosa-dosa yang lalu, ingat juga tentang kematian, menangislah andai itu boleh melunturkan hati yang gelap itu... air mata taubat itu amat indah, berusahalah jangan mengulangi dosa-dosa itu. Akibat dari dosa itulah hati kita menjadi beku, keras, degil, kelam, busuk, buruk. Hati yang keras ini bukan hanya melakukan dosa yang besar tetapi meremehkan dosa-dosa yang kecil. Dosa yang kecil itu bila dah terkumpul bersatu menjadi batu, bak kata pepatah.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sampai bila kita nak pertahankan hati kita yang keras ni? ingat.. mati menanti kita dan itu sudah pasti.. selalu kita dengar "Aku tak takut mati.." ehhhh.. berani sangat nampaknya menghadap kematian.. amal dah cukup ke? sentiasa persiapkan diri kita ini setiap hari untuk menghadap kematian.


Selain itu juga tuan-tuan, kita wajib ada sifat kasih sayang dalam diri kita ini. Kasih sayang terhadap Allah yang paling utama, Rasulullah.. ibu bapa, saudara mara kita, anak-anak yatim... dan ketahuilah wahai sahabat semua seseorang yang mengasihi anak yatim ini  bererti dia  meletakkan hati dan dirinya sebagai saudara bagi mereka. Rasulullah bersabda yang bermaksud "Kasihilah yang ada di bumi maka yang ada di langit akan mengasihimu.." MasyaALLAH.. indah bukan mengasihi sesama insan ini?


Jadi apa yang kita tunggu lagi? masih ingin menyombong dengan Allah? tidak rasa ujian yang Allah berikan bertimpa-timpa itu sebagai dugaan dan ingatan? masih menganggap Allah itu kejam kerana memberikan diri kita ini dugaan? Berusahalah menggapai Hidayah itu... bak kata Maher Zain "InsyaAllah you’ll find your way..."


P/S: Entri agak panjang... rasa macam nak panjangkan lagi tapi ada misi baru plak... jumpa lagi...

16 comments:

Ku Azhar said...

alhamdulillah..thanks for sharing kak niena :)

Iffah Afeefah said...

Akak try komen byk kli
sampwi lupe nk kmen pe haha

Adylia Qarissa said...

setuju!

mas saari said...

jangan terlalu ikut kata hati...peliharalah hati kita!

maszull said...

assalamualaikum niena...alhamdullilah moga kita semua sentiasa berada dijln yg benar...nice n3...:)

aimie amalina said...

sungguh banyak kene buat utk terapi hati kan..
emm..maseh kak
ingatkan mimi

selamat tahun baru kak :))

Cikgu Ma said...

orang tak takut mati adalah org yg sentiasa lakukan ibadah...bukan hanya solat, tp pekerjaan hariannya juga diniatkan kerana allah..dan org yg takut kematian adalah org yg tahu dia banyk kena topup amalan..sama2 terapi hati

H.J said...

terapi yang power...hoho

Cik Pulau said...

yg penting..bila kita sedar.. kita ada tindakan untuk memperbaikinya..
bukan sekadar omongan kosong..^^,

Pondok Usang said...

sentiasa lafazkan kalimah tauhid yg terus ditujukan ke lubuk hati..

andai tak tengok lagi.. lihatlah video ni.. -> http://www.youtube.com/watch?v=pGwJnhROcFc

Anonymous said...

I love to come back to www.my-shopping2u.com
[url=http://topmusclesupplements.org]prohormones[/url]

Ariesyah said...

salam..
setuju gn entri ni..cuma nak tmbah sikit..makanan yang halal yang masuk dalam tubuh badan kita pon ada boleh memberi kesan pada hati kita..
macam lagu nasyid, jagalah hati, janganlah kau kotori..

alif haris said...

lagi byk kita terapi hati kita, makin tenang kita .. dan makit dekat dgn Allah .. di situlah terletaknya ketenangan abadi .. ^^
thanks for sharing kak

Anonymous said...

[url=http://buyonlineaccutanenow.com/#xaowe]accutane cost[/url] - buy generic accutane , http://buyonlineaccutanenow.com/#kjmqq buy accutane online

Anonymous said...

[url=http://viagraboutiqueone.com/#zgpgu]cheap generic viagra[/url] - viagra online , http://viagraboutiqueone.com/#alvms viagra 50 mg

Anonymous said...

My brother recommended I might like this website. He used to be entirely right.
This publish truly made my day. You cann't believe just how so much time I had spent for this information! Thank you!

Feel free to surf to my website: Email Console