Monday, May 12, 2014

Pengalaman Bersalinku



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.. hmmm.. kalini nak cerita pasal pengalaman bersalin, dah lama terdetik kat hati ni nak share pengalaman kat blog tapi memandangkan asyik bizi manjang jer sampai lupa hinggalah ada sahabat blogger yang omey gitu yang kasi cadangan, tulis jelah sementara masa ada ni kan..

Ok.. pasal pengalaman tu biasa la.. dalam usia kandungan 28 minggu husband kena mengikuti kursus, niena tak halang sebab itu kursus kerjayanya malah niena bagi sokongan sepenuhnya untuk hubby.. ye, mungkin itu adalah rezeki untuk anak yang bakal melihat dunia ini, berat jugak hati ni nak lepaskan sebab tempoh kurus tu kira-kira 4 bulan dan mungkin lebih, that mean baby delivery dalam tempoh hubby kursus.

Dalam masa yang sama jugak arwah abah niena  keluar masuk hospital kerana sakit kanser paru-paru (kesan dari merokok) tiap minggu niena ulang alik dari Melaka-KL semata-mata untuk melawat arwah abah, dan kadang-kadang niena ambil masa OS untuk melawat arwah abah, kiranya kalau ada hal ke KL niena akan offer diri lah. Kat KL niena stay rumah kakak.

Pada suatu malam bertarikh 13 Januari 2013.. kakak call niena dengan suara cemas katanya abah semakin teruk, abah admid ward lagi dan kalini kata doktor abah dah sangat teruk kerana kanser abah dah tahap 4 dan tiada harapan lagi, mungkin makan masa minggu atau bulan sahaja lagi, masa tu mengalir air mata niena.. niena tak mampu nak jaga abah.. malam tu niena rasa sangat penat, seharian niena kemas rumah.. niena baru je pindah rumah dalam 2 bulan dan tak sempat lagi nak kemas, ketiga-tiga bilik kosong niena sapu, mop, tolak almari & macam-macam lagi... maklumlah niena ni keluarga besar, niena fikir kalau niena bersalin nanti keluarga niena datang takdelah bersepah sangat kan. Dan malam tu jugak niena feeling sorang2.. mungkin itu malam terakhir niena tidur kat katil tu, mungkin lepas ni ada teman baru (baby).. tetiba rasa kain ni basah je.. tengok ada cecair jernih & hangat rasanya.. 

Ok.. keesokan harinya niena uruskan cuti dan cerita segala masalah kat niena punya officer then dia luluskan cuti, besar harapan niena untuk tengok sendiri keadaan abah.. hubby bagi keizinan tapi katanya sebelum ke sana pegi check doktor dulu, sebab niena mengadu kat hubby pasal cecair yang keluar tu dan badan niena rasa penat sangat2 dan tak pernah rasa sepenat itu. Niena pegi KK dan kata bidan yang check tu kemungkinan cecair tu adalah air ketuban, macam satu tamparan hebat singgah kat muka nie, dalam keadaan cemas niena pergi scan dan betul kata doktor air ketuban niena leaking dan bacaannya agak berada di paras bahaya dan terpaksa admid ward untuk keselamatan ibu & bayi. Masa tu dalam dilema.. ikut cadangan doktor atau terus ke melawat abah.. lastly niena ikut je cakap hubby.. MASUK WAD KATANYA!

Niena daftarkan diri di labour room sorang diri.. kereta ntah memana niena parking dalam hati biarlah kena saman pun! doktor teruskan dengan CTG Scan, kata doktor baby aktif, sihat dan bermulalah soal siasat.. ramai doktor datang, ada Cina, India, Melayu.. dan masing2 check jalan. Ya Allah seksanya.. malu pun ada doktor lelaki ok. Kita ni buat muka redha ajelah. Doktor putuskan untuk bagi suntikan dexa.. suntikan tu untuk mematangkan paru2 baby. Masa tu niena hanya mengharapkan keselamatan baby.. andai diberi pilihan sama ada baby atau niena pasti niena pilih baby. Walaupun perhubungan kami hanya melalui sentuhan tapi niena rasa sangat rapat sangat dengan dia, dia peneman suka duka niena. Kira2 jam 7pm niena ditempatkan di wad bersalin.

Di wad niena dipantau dari semasa ke semasa, setiap pagi buat CTG Scan,  setiap hari kira2 jam 4-5am doktor datang ambil sampel darah.. semua ok. Seminggu sekali doktor akan scan baby. Sehinggalah minggu yang ke 34 pada tarikh 4 Feb 2013 kata doktor niena terpaksa bersalin jugak untuk menyelamatkan baby.. 4 minggu niena kat hospital.. hubby terpaksa balik untuk mendandatangani borang persetujuan bersalin secara paksa melalui cara memasukkan ubat di pangkal rahim. Ya.. sangat sakit... kata orang bersalin cara induce ni sangat2 sakit.. ubat yang ke 3 masih dalam bukaan 2cm... doktor decide nak masukkan belon pulak.. masa tu niena hanya ingatkan Allah dan wajah2 tersayang.. hubby pulak ulang alik dari JB-Melaka. Lepas doktor masukkan belon lebih kurang dalam 10 minit je belon tu jatuh, doktor sekali lagi check dan katanya bukaan dah 4cm.. dah boleh masuk labour room.. tak sangka hubby ada dan temankan niena, sebelum tu niena sempat makan telur penyu yang hubby "masakkan", dah lama mengidam!

Kira2 jam 11.00am pada tarikh 6 Feb 2013, kata doktor jantung baby agak lemah.. nyawa kedua2 dalam bahaya dan perlu buat emergency caeser. Hubby setuju dengan segala cadangan doktor. Dokror bius separuh badan dan niena dapat rasa apa yang mereka kerjakan. Lepas di bius segala kesakitan hilang.. tapi niena masih tak tenang selagi tak dengar tangisan baby.. kata PPK di sebelah niena anak puan dah dapat dikeluarkan, tapi kenapa suara baby tak dengar? niena sangat cemas, risau, sedih, berdebar.. macam2 ada. Dia tenangkan niena, beberapa saat lepastu maka terdengarlah tangisan baby yang sangat nyaring... "itu anak puan menangis.." katanya sambil tersenyum. Ya Allah.. mengalir air mata niena tanda gembira, dia tunjukkan baby.. cukup sempurna ciptaanMu Ya Allah.. niena sempat tengok sekejap je dan kata doktor dia kena ambil baby tu untuk totally check, baby belum matang.. kandungan bermasalah. Buatlah apa saje doktor asal saje bayi saya selamat.

Baby di nursery.. niena di wad bersalin.. hubby cakap putihnya kulit anak kita sayang, macam telur penyu! baby tak perlu masukkan ke dalam incubator sebab beratnya cukup dan kesihatannya baik. Alhamdulillah... bahagianya dapat melahirkan anak itu.. segala penat lelah niena lupakan.. segala kesakitan hilang. Itulah pengalaman pertama niena bersalin.. entah.. niena dah lupa rasa sakit tu macam mana. Cuma mak pernah cakap.. macam mana kamu rasa sakit bersalin, macam tulah mak rasa sewaktu melahirkan kamu. Besar sungguh jasa dan pengorbanan ibu. So ini lah wajah si manja saya sekarang.. 1 tahun 3 bulan 6 hari.. Malaika Rania binti Mawardi Azuar namanya..



8 comments:

Aunie wajihah said...

Comel nyeee bby awk.. ☺☺☺

Niena Muhammad said...

gedik nye awak!

Pn Sheila said...

wbby dh beasar yer... mana mama niena hilang ni dh bertahun x bersua... hope bby mom n ayahnyer sentiasa bahagia... ammiinnn

Niena Muhammad said...

ada je kak.. inshaallah blog ni akan dihidupkan kembali tp mungkin x semeriah dulu hehe :D

Kak Mahh said...

Tahniah...pengalaman yang bermakna.

Kira Sakura said...

besar dugaan niena kan. huuu tapi syukur semuanya dah selamat. Malaika pun dah jadi budak bijak cerdik skang nie.

tapi memang paling risau bila tak dapat dengar suara baby lepas je dia lahir. mcm2 berlegar kat otak. wuuu

Puan Bui Junaidi said...

tu dia..lama menghilang tiba2 anak dah besar rupanya..hehehe..comel

Nur Fatin said...

rindunya akak..

dah ada baby pun kan sekarang..Alhamdulillah..hehe..

xpe akak..Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dgn kesanggupannya..