Sunday, May 18, 2014

Udang Kering Paling Sedap

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.. Sebut je pasal udang kering dah tentu sume orang kenal kan.. ke ada yang tak penah tengok ropanya macam mana?  tahukah kita bagaimana caranya udang kering tu diproses? mungkin ada segelintir masyarakat kita yang dah tahu.. tapi yang tak tahu rasanya lagi ramai.. kan?

Berikut adalah 3 keping gambar dari sahabat FB.. dia snap sendiri dan katanya hampir-hampir kena belasah ngan tokey udang kering tu. Lokasi dirahsiakan tapi yang pastinya di sebuah perkampungan nelayan. 

Siap menggaru lagi awak ye... !!!


Boleh plak beliau landing ! huh..

Penyapu ajaib !

Lepas tengok apa yang anda semua rasa? erk... loya kan !!! ni la salah satu bahan wajib dalam mee udang kegemaran suami saya! rasanya tak sanggup lagi dah nak masak pakai udang kering .. pakai udang fresh je lah pasni , belanja besar sikit pun takpe.

Tapi, rasanya semua makanan yang diproses dengan cara macam ni agaknya semua melalui situasi yang sama kan. Kalau boleh pihak berwajib tolonglah buat pemantauan pasal benda macam ni.

Tapi cuba citer kat pak menteri pasal masalah ni, pasti jawapan diorang "untuk memastikan udang kering kita bersih, segar dan selamat.. kita kena buat udang kering sendiri.." Kbai ! 

3 comments:

Kira Sakura said...

udang kering salah satu kegemaran saya wuuu. tapi lepas tengok yg nie terus tercekik rasa nak muntah.

Puan Bui Junaidi said...

hai niena..lama x bersua..ewahh..
geli tengok kan..eii

Nur Fatin said...

allahuakbar! tak laluuu mcm ni nk mkn.. udang kering msk dgn bihun goreng sedap tu..