Monday, December 28, 2015

JUS CLEARSTROLL



Dari awal lagi saya pesan .. abang .. jaga makan, jangan makan telur.. makan lah sayur, dia tu sukaaa sangat makan telur mata kerbau, cukuplah goreng sebiji, siram kicap makan bersama nasi panas.. mertua lalu pun tak nampak !!! boleh dikatakan itu lah menu harian dia, dia cakap tak apa, dia kan
aktif.. bersukan, jogging, berbasikal... tak apa lah abang, ikut suka awak lah.. suatu hari dia sakit kepala sangat-sangat, badan rasa kebas.. lalu jatuh pitam.. hurm, masa tu anak sulung kecil lagi baru beberapa bulan usianya, dia dikejarkan ke Hospital Pakar Putra (Melaka).. kata doktor bacaan doktor mencecah 8... Umur baru 20an.. tapi dia punya bacaan kolestrol mak ai tinggi nyaa ! Itulah dia Encik Suami saya yang tercinta, Alhamdulillah dia sekarang dah mendengar sedikit sebanyak nasihat saya dan setiap hari amalkan Jus Clearstroll..

Ibu saya.. usianya kini 70an, syukur sangat-sangat kerana saya masih memiliki ibu yang penyayang sepertinya.. sentiasa menemani kala suka duka saya, kerana sayangkan ibu.. saya sediakan sendiri dengan air tangan saya menyediakan Jus Clearstroll ini.. kasih sayang anak pada ibu, mungkin lebih afdal.. suatu hari ibu mengeluh, alahaiii.. kesian kamu, tanggungan makin bertambah, maa tahu kamu suami isteri kerja tapi tak sampai hati lah nak terima duit bulanan yang kamu bagi, ibu bagi idea.. katanya Jus Clearstroll yang dihasilkan oleh saya tu bagus.. jiran-jiran yang mencubanya pun berpuas hati.. apa kata komersialkan je.. boleh tambah pendapatan selain dapat membantu orang ramai... saya termenung panjang, mungkin benar kata ibu, saya perlu melangkah lebih jauh ke hadapan.. niat saya cuma ingin membantu orang ramai, dunia sekarang semakin mencabar.. kos hidup semakin meningkat, jadi apa salahnya saya pasarkan produk saya itu bagi membantu ketua keluarga dalam pencarian rezeki, nak cari rezeki kena lah memiliki tubuh badan yang lebih sihat.. tubuh ni masih nak pakai lama lagi, memanglah ajal tu di tangan tuhan tapi kita sebagai hamba mesti lah berusaha dan berikhtiar untuk mendapt kehidupan yang lebih baik.. betul tak???

Jadi apabila memikirkan dua orang yang tersayang itu maka terhasil lah produk kesihatan saya sendiri iaitu Jus Clearstroll..  Nak tahu apa khsiat2nya??? haaaaa.. tunggu di post akan datang..


No comments: