Saturday, January 2, 2016

Resepi sihat utk anak yg pintar

Hi... post kali nie bukan nak cerita pasal clearstroll ye.. saya nak share satu resepi sihat utk anak2 yg
disayangi...! bukan utk anak je tau, mak anak pun bolehhh.. nenek anak pun seswaiii sangat, ia juga digalakkan utk ibu2 yg hamil. Saya sangat2 sayangkan simanja sy jadi seboleh-bolehnya saya akan elakkan Junk Food utk si dia..

Ok.. bahan2 yg diperlukan adalah:
1. Buah tin (50mg)
2. Kurma madu yg dibuang biji (100mg)
3. Kismis (100mg)
4. Badam (50mg)
5. Goji (50mg)
6. Prune (50mg)
7. Minyak zaitun (50ml)
8. Serbuk habbatussauda (1sudu teh)
9. Sedikit zaafaran yg direndam ke dlm air zam-zam @ Jus delima (75ml)
10. Madu (400ml-optional)

Ok.. sebelum tu nak cakap ye, kalau blender biasa mungkin tdk akan mendapatkan hasil yg baik. Saya gunakan panasonic Mx-Ac400. Memang hasilnya sangat2 memuaskan.

Masukkan kesemua bahan2 ke dalam mixer grinder, blend sampai halusss.. sampai laa jadi paste yang saangat likat.. hasilnya kita akan dpt kira2 400ml. Yang gambar bawah ni telah dicampurkan dengan madu borneo. Terpulang nak masukkan madu atau tak sebenarnya.. kalau masukkan madu tak bleh la nak ambil dlm kuantiti yg banyak.. terpulang ok.. !


Cara penyediaan saaangat2 senang.. cuma perlukan kerajinan je.  Ok.. dengan paste ni macam2 kita boleh buat.. saya bagi contoh ye...!

1. Boleh dijadikan jem
2. Boleh dibancuh dan dijadikan jus
3. Bancuh ke dalam air dan jadikan aiskrim dlm plastik .. alaaa .. saya panggil aiskrim kampung. anak2 pasti sukaa.
4. Boleh letak dlm puri/bubur baby 6 bulan ke atas.. tapi jangan letak madu!
5. Boleh dimakan bersama pancake
6. Boleh dicampur bersama susu
6. Boleh dimakan begitu sahaja tapi rasanya agak manis.

Ini contoh saya makan dengan roti pagi tadi..



Sebenarnya ini adalah amalan saya sewaktu mengandungkan anak yang pertama dulu. Anak ke dua malass sikit, memang tak dinafikan sewaktu mengandungkan Matiin saya sangat malas menjengah ke dapur.

Resepi saya tu adalah diilhamkan sendiri, resepi sendiri.. saya fikir itu makanan sunnah & tak salah kalau saya gabungkannya menjadi junk food sihat utk anak2 dan saya sendiri. Malaika memang sangat sukakannya..

Oh yaa.. kalau nak laaagii hebat, ambil 125ml paste tersebut dan campurkan bersama 125ml madu, kemudian campurkan bersama 250ml Jus Clearstroll.. saya faham.. ibu yang mengandung selalu mengalami masalah kembung perut jadi eloklah diambil campuran tersebut 15ml pagi dan malam. Jus Clearstroll saya tak cadangkan pada ibu hami tapi kalau jumlah yang sedikit boleh je..

Paste tersebut boleh disimpan di dalam peti ais. Boleh tahan 1minggu bergantung pada peti ais anda. Kalau yg dicampur bersama madu saya rasa mungkin dpt bertahan dengan lebih lama kerana madu adalah pengawet semulajadi.

Selamat mencuba.. saya doakan anda semua sihat, kaya dan bahagia. Ameen..


No comments: